Tragedi Kucing Dibakar Di Kajang Perlu Pembelaan Segera
Tweet |
Selama ini kita dengar bakar kucing di luar negara. Semalam 22 April 2024 sekitar jam 2.00 petang seekor anak kucing dibakar hidup-hidup oleh sekumpulan tiga orang lelaki hingga menyebabkan kecederaan parah kucing.
Seorang pelaku tukang bakar melakukan tugas kejam tersebut disaksikan dua rakan lainnya yang merupakan salah seorang adalah remaja bawah umur.
Kejadian berlaku di tempat letak motor Flat Seri Kenari, Kajang Selangor adalah pertama melibatkan pembakaran kucing hidup-hidup di negara ini.
Maklumat mengesahkan bahasa satu laporan polis telah dibuat di dalam Daerah Kajang namun sehingga kini tiada apa-apa tindakan pantas daripada pihak Polis.
Persatuan Haiwan Malaysia menggesa Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) mengambil serius kes seumpama ini kerana khuatir ia merupakan petanda awal keparahan kriminologi terhadap haiwan merebak kepada manusia lain akibat tiada langkah pencegahan, hukuman dan koreksional diambil dengan pantas. Pihak PDRM boleh mengguna pakai Akta Kebajikan Haiwan 2015 dalam menjalankan siasatan dan mencadangkan pendakwaan kepada Pendakwaraya bagi kes jenayah haiwan begini.
Rakyat Malaysia menanti bagaimana keseriusan pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab Penguatkuasaan Undang-Undang, Penyiasatan dan Pendakwaan terhadap pelaku kes Jenayah Haiwan Berkelas yang berlaku semalam terhadap kucing malang ini.
Anak kucing yang dibakar dilaporkan melecur teruk telah diselamatkan dan dibawa ke veterinar swasta untuk rawatan pemulihan intensif.
#animallaw #animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #animalsafety #animalprotection
Source: https://www.facebook.com/217518001028827/videos/366380679056..
Tweet |
Facebook Comments