Go

Negara Ini Dah Banyak Kemalangan Akibat Langgar Le..

 




Negara ini dah banyak kemalangan akibat langgar lembu dan anjing berkeliaran. Kini ditambah dengan kuda berkeliaran akibat sikap tiada ilmu dan tidak memiliki tanggunggungjawab memelihara.

Masyarakat kita masih perlu dipimpin (lead) dan diurus tadbir (govern) dalam soal kebajikan haiwan. Negara menuju kearah penternakan dan pemeliharaan bertamadun. Bukan pelihara secara tradisional.

Pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Lembaga Kebajikan Haiwan sudah perlu tegas mengimplementasi Peraturan Akta Kebajikan Haiwan 2015 terhadap pengabaian sebegini yang memangsakan haiwan kuda dan membahayakan orang ramai.

Persatuan Haiwan Malaysia melalui Unit Ekuin juga kini aktif menyebarkan pendidikan kesedaran kuda melalui pelbagai usaha program Kita Jaga Kuda. Pemilik kuda yang perlukan bantuan khidmat nasihat penjagaan dan tatacara penjagaan kuda boleh hubungi Ketua Unit Puan Nur Syuhada Kamaruddin.

Lokasi Kuda ini ditemui terbiar ialah di Stesyen KTM Rembau Negeri Sembilan.

#animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animallaw #kuda #horse #animalsecurity #animalsafety #kitajagakuda

Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/4101193684353..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.