Apabila Musim Perayaan. Banyak Premis Dan Industri..
Tweet |
Apabila musim perayaan. Banyak premis dan industri tutup. Maka bertebaranlah anjing-anjing penjaga (guard dog) yang ditugaskan menjaga premis perindustrian dan premis pembinaan untuk mencari makan dan tempat berteduh. Akhirnya mereka berstatus sebagai anjing jalanan dan nasib buruk bakal menimpa mereka. Ada yang jadi mangsa racun, ada yang kemalangan, ada yang dipukul dan dilempat betu dan ada ditangkap Pihak Berkuasa Tempatan.
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu lebih tegas terhadap dua entiti penyumbang masalah lambakan anjing di jalanan iaitu :
1. Tapak Pembinaan
2. Premis Perindustrian / Kilang
Kenakan syarat satu premis hanya dibenarkan memiliki 2 ekor anjing yang telah dimandulkan dan berlesen. Ini kerana jika masalah memelihara anjing tanpa pemandulan dan tidak dihadkan maka akan berlaku lambakan pembiakan tidak terkawal yang menyumbang lebih banyak masalah pengurusan haiwan jalanan. Sekali gus akan berlaku konflik haiwan jalanan – penduduk masyarakat setempat. Penguatkuasaan PBT perlu tegas. Kasihanilah nasib anjing yang berakhir sebagai anjing jalanan.
Lokasi anjing ini dikesan di sekitar kawasan Kajang Selangor
#animalforensic #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animalcrime #animalsecurity #animalsafety #animallaw #animalprotection #dog #anjing #straydogs #anjingjalanan
Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/4042298523576..
Tweet |
Facebook Comments