Go

Terima Kasih Kepada Lembaga Kemajuan Terengganu Te..

 




Terima kasih kepada Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah di atas sumbangan sebuah enjin bot berjenama YAMAHA dan berkuasa kuda 15HP (2-stroke) atau setara kepada Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura-kura dan Penyu Malaysia di Kg. Pasir Gajah pagi tadi.

Tuan Haji Mahdi Amin Ahmad, Pengurus Kanan Korporat, dan Puan Fadhlina Mohamed, Pengurus Pelancongan, sempat mendengarkan penerangan tentang projek konservasi yang dijalankan selama 13 tahun, dan menanam telur tuntung sungai yang baru sahaja dikutip malam tadi oleh Geng Tuntung di Pusat Penetasan Tuntung Sungai.

Enjin bot ini akan digunakan sepanjang projek pemuliharaan tuntung, iaitu ketika melakukan tinjauan dan penyelidikan di Sungai Kemaman.

Semoga dengan usaha murni ini dapat membantu dan memajukan lagi usaha pemuliharaan oleh penduduk setempat di Kemaman, Terengganu.

#SelamatkanTuntungKita #ketengah

#turtleconservation #terrapinconservation

Source: https://www.facebook.com/630503875784630/posts/7890822099267..



 

avatar

Turtle Conservation Society

The Turtle Conservation Society of Malaysia was established in October 2011. The aim of the society is to bring about the recovery of depleted wild populations of turtles, with particular reference to freshwater turtles, in Malaysia through partnerships with like-minded organizations, individuals and local communities as well as through its own programs.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.