Go

Lawatan Audit Presiden Animal Malaysia Arie Dwi An..

 




Lawatan audit Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika ke The Ark K9 Academy yang berjaya mendapat Perakuan Pengesahan Penarafan Keselamatan Premis dan Pengendalian Haiwan Persatuan Haiwan Malaysia serta Akreditasi Latihan Pendidikan daripada Akademi Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Academy setelah berjaya menamatkan Kursus Sijil Pematuhan Keselamatan Operasi dan Undang-Undang Haiwan (Pengurusan Haiwan) disediakan Persatuan Haiwan Malaysia sebagai entiti luar yang mengiktiraf piawaian keselamatan dan kefahaman Undang-undang dalam industri haiwan.

Pusat latihan anjing ini menyediakan kursus untuk anjing sebagai pra kelayakan pemilik anjing mendapatkan Lesen Anjing PBT melalui kursus ‘Good Canine Citizen’ demi mengurangi risiko serta memastikan keselematan kejiranan dan kebajikan anjing terpelihara.

Tahniah kepada The Ark K9 Academy kerana berjaya mendapatkan pengiktirafan daripada Persatuan Haiwan Malaysia sebagai entiti latihan yang mendokong keselamatan dan undang-undang haiwan.

#animalforensic #animaleducation #animalsecurity #animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animalcrime #dog #anjing #animalact

Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/3711500923322..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.