Tahukah Anda, Hutan Paya Laut Sering Dianggap Seba..
Tweet |
#Tahukah Anda, hutan paya laut sering dianggap sebagai penjaga kerana peranannya sebagai pertahanan semulajadi bagi ekosistem pantai dan sungai. Tambahan pula, hutan paya laut bukan hanya menjadi tempat perlindungan untuk pelbagai spesies marin, tetapi juga berperanan secara signifikan dalam menyerap karbon dan mengurangkan impak perubahan iklim.
Walau bagaimanapun, fungsi penting ekosistem ini sering dipandang enteng oleh sesetengah pihak. Oleh itu, bagi mengetengahkan peranan vital ini kepada umum, WWF-Malaysia menjemput semua pelajar sekolah untuk menyertai Pertandingan Deklamasi Sajak bersempena Sastera Hijau Bakau dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah menarik termasuk baucar membeli-belah dan barangan eksklusif (merchandise) WWF-Malaysia!
Sebarang pertanyaan lanjut boleh layari laman web wwf.org.my/hijaubakau atau e-mel kami di alamat hazhar@wwf.org.my
#SasteraHijauBakau #TreasureTheMangroves #MangroveProtection #Freshwater #HutanPayaLaut
Source: https://www.facebook.com/638140668356355/posts/7627952025575..
Tweet |
Facebook Comments