Kes Anak Kucing Dihenpas Hingga Maut Perlu Segera Pendakwaan.
Tweet |
Kes hempas anak kucing hingga menemui maut di Pulau Pinang pada 15 November 2023 lalu masih tiada hasil perkembangan positif terhadap penyiasatan dan penguatkuasaan undang-undang sehingga sekarang.
Kes Jenayah Haiwan Berkelas (Jenayah Berat Haiwan) perlu juga dilayan sebagaimana jenayah yang berlaku terhadap manusia. Pihak berkuasa haiwan tetutama Jabatan Perkhidmatan Veterinar perlu proaktif dan mempunyai S.O.P jangka masa penyiasatan hingga kepada penangkapan penjenayah tersangka dan pendakwaan.
Masa siasatan yang diambil terlalu lama boleh melemahkan kekuatan kes walau pada asalnya kerja siasatan untuk mendapatkan lebih banyak bukti. Namun kelemahan menganalisis sesuatu kes menjadikan proses penguatkuasaan undang-undang mengambil masa panjang.
Animal Malaysia menggesa pihak berkuasa haiwan menjalankan kerja lebih proaktif berlandaskan kuasa yang ada pada pegawai-pegawai penguatkuasan haiwan yang diperuntukkan.
Senoga keadilan berpihak kepada Baby Puteh kitten yang dizalimi dengan dihempas hingga menemui mati.
ARIE DWI ANDIKA
1. Presiden Persatuan Haiwan Malaysia
2. Penganalisis Jenayah Haiwan Malaysia Animal Crime Transparency – MyAct
3. Pengerusi Persatuan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Penyiasatan Malaysia
2 Disember 2023 @ Kuala Lumpur
#animallaw #animalcrime #animallawenforcement #animalinvestigation #animalrights #animalwelfare #strayanimal #animaljustice #cats #straycat #kucing #kitten #adoption
Source: https://www.facebook.com/217518001028827/videos/681850017407..
Tweet |
Facebook Comments