Tuntut Hukuman Lebih Berat Kepada Penjenayah Haiwan
Tweet |
SIARAN MEDIA : SIASATAN PDRM TERHADAP KES RENDAM HINGGA MATI 15 KUCING PASAR BORONG JERANTUT
Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) Menggesa Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) mengguna pakai Akta Kebajikan Haiwan 2015 dalam siasatan Kes Bunuh Secara Rendam 15 ekor kucing di Pasar Borong Jerantut Pahang dan bukan Seksyen 428 Kanun Keseksaan seperti yang dilakukan sekarang.
Akta Kebajikan Haiwan 2015 menyediakan hukuman lebih berat dan memudahkan siasatan dalam melengkapkan kertas pendakwaan menandangkan ia adalah akta yang komprehensif dari segala sudut perbuatan jenayah haiwan.
Animal Malaysia yakin dengan kompetensi, kecekapan, efisyensi dan kemahiran PDRM menjalankan tugas penguatkuasaan terhadap Jenayah Haiwan Berkelas (Jenayah Berat Haiwan) seperti rekod kecemerlangan siasatan yang cekap dan pantas dalam mengendalikan kes jenayah haiwan berat sebelum ini.
Animal Malaysia berharap kes pembunuhan kucing secara rejaman dalam air yang dipercayai kerap berulang di Pasar Borong Jerantut Pahang dapat diselesaikan dalam masa terdekat.
ARIE DWI ANDIKA
1. Presiden Persatuan Haiwan Malaysia
2. Penganalisis Jenayah Haiwan Malaysia Animal Crime Transparency – MyAct
3. Pengerusi Persatuan Penguatkuasaan Undang-Undang dan Penyiasatan Malaysia
1 Disember 2023 @ Kuala Lumpur
#animalinvestigation #animallawenforcement #animalrights #animaleducation #animal #animalforensic #animalcrime #animallaw #animals #
Source: https://www.facebook.com/217518001028827/videos/728885332049..
Tweet |
Facebook Comments