Hari Pertama Program Jowsetiuwetlands2023 Telah Be..
Tweet |
✨Hari Pertama✨ program #JoWSetiuWetlands2023 telah berlangsung dengan lancar 🥰👏
Bermula dengan acara ‘flag-off’ di Taman Tasik Bandar Baru Kuala Nerus, perjalanan para peserta program JoW Setiu Wetlands pada hari ini merangkumi lawatan berasaskan pembelajaran ke Empangan Paya Peda dan Lata Tembakah. Seramai 26 orang peserta yang digelar ‘Water Heroes’ telah terlibat iaitu terdiri daripada kakitangan agensi kerajaan Negeri Terengganu, syarikat pembekal air, syarikat pengendali rawatan air kumbahan, ahli akademik, wakil komuniti setempat serta operator pelancongan tempatan.
Di Empangan Paya Peda, peserta mempelajari fungsi dan peranan empangan tersebut dalam pembekalan sumber air bersih kepada penduduk tempatan, industri pelancongan dan pertanian serta sebagai tebatan banjir di daerah Besut dan Setiu.
Manakala di Lata Tembakah pula, peserta merasai pengalaman menanam pokok dan memahami kepentingan hutan sebagai kawasan tadahan air semulajadi.
Jumpa lagi dan nantikan perkembangan seterusnya #WaterHeroes pada esok hari.
#JourneyofWater2023 #JoWSetiuWetlands2023 #ValuingRivers #ValuingWetlands #WWFMY #LAUT
Source: https://www.facebook.com/638140668356355/posts/7128793642158..
Tweet |
Facebook Comments