Go

Tawaran Rm3,000 Kepada Pemberi Maklumat Penjenayah..

TAWARAN RM3,000 KEPADA PEMBERI MAKLUMAT PENJENAYAH HAIWAN YANG MENCELUP KUCING DENGAN CAT

Persatuan Haiwan Malaysia melalui Malaysia Animal Crime Transparency – MyAct menawarkan ganjaran RM3,000.00 tunai kepada sesiapa sahaja yang berjaya menyalurkan maklumat dengan pembuktian lengkap, jelas dan sah mengenai penjenayah yang mencelup seekor kucing di Gombak Selangor.

Ganjaran tunai ini diberikan sekiranya penjenayah haiwan ini berjaya ditangkap, didakwa dan dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

Perbuatan ini bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah mengancam nyawa kucing tersebut memandangkan cat merupakan bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan kucing jika kucing menjilat badannya.

Saksi kejadian atau penduduk Gombak Selangor boleh tampil menyalurkan aduan mengenai kejadian kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan ini ke hotline Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) di www.wasap.my/+60105394749

Kes boleh disiasat di bawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 kerana mendatangkan kemudaratan kepada kucing dengan peruntukkan hukuman penjara maksimum 3 tahun dan denda maksimum RM100,000.00 jika didapati bersalah.

#animaleducation #animalcharity #animals #kucing #animallaw #animaljusticesystem #animalwelfare #cats

Source: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=293744876739472&set=..

Facebook Comments

Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.