Go

Kebimbangan Pengguna Jalan Raya Di Bukit Meranti, ..

 




Kebimbangan pengguna jalan raya di Bukit Meranti, Gua Musang – Jeli di Kelantan semakin meruncing apabila melihat kemunculan Harimau Malaya di kawasan tersebut.

Harinau Malaya yang keluar habitat menterjemahkan betapa habitatnya telah musnah sama sekali dan hilang arah hidup akibat ketiadaan ekosistem makanan yang mencukupi untuknya.

Negara ini mempunyai ramai pakar perhutanan dan pakar hidupan liar namun mungkin sahaja tidak mencukupi kepakaran untuk menasihati kerajaan negeri untuk memulihara hutan daripada terus diteroka untuk tujuan pembalakan dan penanaman Durian Musang King yang tidak menberi manfaat besar lagi buat rakyat melainkan musibah.

Apa guna usaha Program Selamatkan Harimau Malaya oleh Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia namun hutan di negeri terus menerus menghancurkan ekosistem untuk hasil yang tidak seberapa.

Kerajaan negeri juga harus memikirkan kaedah memajukan ekonomi dengan cara aktiviti perniagaan lain selain kebergantungan terhadap kayu kayan dan penerokaan hutan sahaja.

Pemimpin bijak adalah pemimpin yang membawa kemakmuran dan keselamatan sejagat.

#harimaumalaya #perhilitan #hidupanliar #animals #wildlife #conservation

Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/2922704768869..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.