Ini Adalah Pembuangan Kucing Sihat Yang Terbaru Be..
Tweet |
Ini adalah pembuangan kucing sihat yang terbaru berlaku. Anak kucing ini dibuang kawasan sampah hadapan Galeri Animal Malaysia.
Semua ini dilakukan pembuang kucing kerana pemilik tidak mahu menjalankan tanggungjawab dan melepas tangan dengan mudah. Pemilik tidak mahu sedikit pun mengeluarkan kos membantu Galeri Animal Malaysia. Alasannya tiada duit. Namun rekod CCTV disekeliling Galeri Animal Malaysia menyaksikan si pembuang menaiki kereta yang lumayan mewahnya. Sedikit usaha bertanggungjawab terhadap kucing tidak dilakukan.
Galeri Animal Malaysia memasang 15 Survilence Camera disekeliling kawasan. Oleh itu banyak CCTV aktiviti pembuangan kucing direkodkan dan mulai saat ini semua aktiviti pembuangan kucing akan disiarkan dalam media sosial Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association.
Ini kerana setiap bulan purata lebih 10 kes pembuangan kucing di perkarangan Galeri Animal Malaysia. Ada kucing yang dibungkus dalam guni berikat ketat, dalam bekas plastik bertutup tanpa udara, dalam kotak dan ada dilemparkan sambil berlari laju menunggang motorsikal.
Kebanyakkan pembuangan berlaku pada waktu malam dan majoriti kucing yang dibuang mati kerana lemas tidak dapat bernafas, ada yang perut terburai akibat diserang dan digigit anjing liar dan ada yang mati terbiar kesejukan akibat hujan lebat kerana kucing hanya disedari dibuang selepas waktu operasi Galeri Animal Malaysia.
Pembuangan kucing ini bakal dilaporkan sebagai janayah haiwan di bawah Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan kepada Lembaga Kebajikan Haiwan Jabatan Perkhidmatan Veterinar kerana mendatangkan kemudaratan kepada kucing. Pembuang kucing boleh didakwa dan diancam dengan hukuman maksimum 3 tahun penjara dan denda maksimum RM100,000.00 dengan bukti lengkap CCTV yang jelas menunjukkan aktiviti pembuangan kucing. Maka rekod jenayah dalam hidup pembuang kucing akan kekal terpahat seumur hidup.
Nantikan video-video pembuang kucing bakal disiarkan sebagai pengajaran kepada masyarakat betapa ramai penzalim di nengara ini.
#welfare #animalrights #cat #dogs #charity #animallaw
Source: https://www.facebook.com/217518001028827/posts/2656724428800..
Tweet |
Facebook Comments