Pada Khamis Yang Lepas, Kami Telah Dijemput Untuk ..
Tweet |
Pada Khamis yang lepas, kami telah dijemput untuk mengadakan booth pameran sempena Kempen Penggalakan “Terengganu Turtle Tourism” peringkat Daerah Kemaman di Pantai Teluk Mak Nik.
Kami membawa spesimen anak tuntung sungai, anak tuntung laut, telur tuntung sungai, cangkerang tuntung laut serta tulang labi-labi dan bercerita tentang perbezaan dan persamaan penyu dan tuntung air tawar 🐢
Kanak-kanak juga datang ke booth kami untuk bermain puzzle dan teka silang kata dalam tempoh masa yang ditentukan. Pemenang mendapat hadiah istimewa dari kami!
Bersama kami juga @lang_tengah_turtle_watch dan pihak @dof.malaysia yang mempamerkan spesimen penyu, berkongsi informasi dan fakta tentang penyu dan usaha konservasi penyu di Terengganu.
Pelbagai aktiviti menarik juga dianjurkan seperti aktiviti mewarna, membuat origami penyu, Turtle Race, persembahan tarian kebudayaan dan aktiviti kemuncak iaitu pelepasan anak penyu di pantai.
#terengganuturtletourism #turtleconservation #savetheturtles #empoweringturtleexperiencetourism
Source: https://www.facebook.com/630503875784630/posts/6638406957842..
Tweet |
Facebook Comments