Go

Pada Hari Khamis Lepas, Kami Telah Menerima Kunjun..

 




Pada hari Khamis lepas, kami telah menerima kunjungan daripada 22 orang anak murid, 3 guru dan beberapa ibubapa dari Tabika Kemas Dadong, Kemaman.

Mereka datang ke Pusat Pemuliharaan Tuntung Sungai dan mempelajari tentang perbezaan semua jenis kura-kura, tuntung dan penyu, kerja pemuliharaan yang kami lakukan, kepentingan menyelamatkan tuntung yang sangat terancam ini dan mereka juga melawat galeri yang mempunyai pelbagai spesimen tuntung.

Mereka juga berpeluang untuk memegang dan bergambar dengan tuntung sungai ini. Setiap anak murid diberikan sebuah buku mewarna “Turtles of Malaysia”.

Pihak TCS mengucapkan terima kasih kepada pihak Tabika Kemas Dadong kerana sudi hadir ke Pusat Pemuliharaan Tuntung Sungai di Kg. Pasir Gajah. Kami berharap lebih ramai lagi anak-anak murid pasti/tabika/tadika yang dapat hadir dan mengenali khazanah negara kita yang istimewa ini.

Jika berminat untuk membuat lawatan, boleh hubungi Cik Aminah di talian 011-54173577.

#education #terrapinconservation #awareness #turtleconservation #turtlesofmalaysia

Source: https://www.facebook.com/630503875784630/posts/6429759445374..



 

avatar

Turtle Conservation Society

The Turtle Conservation Society of Malaysia was established in October 2011. The aim of the society is to bring about the recovery of depleted wild populations of turtles, with particular reference to freshwater turtles, in Malaysia through partnerships with like-minded organizations, individuals and local communities as well as through its own programs.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.