Go

Dalam Kemeriahan Menyambut Hari Raya Aidilfitri, K..

 




Dalam kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri, kita juga turut menyambut Hari Bumi dengan tema “Invest in Our Planet” hari ini.

Tahukah anda mengenai beberapa jenis hutan termasuk hutan paya gambut, hutan dipterokarp, hutan gelam dan hutan paya laut di lembangan sungai-sungai di daerah Setiu dan Kuala Nerus yang berupaya menyimpan karbon justeru berperanan penting dalam mengawal kestabilan iklim?

Pada tahun 2022, WWF-Malaysia dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) telah berjaya menjalankan kajian penilaian stok karbon merangkumi keempat-empat jenis hutan berkenaan di Daerah Setiu dan Kuala Nerus, Terengganu.

Susulan itu, satu sesi pemindahan ilmu (knowledge transfer) berdasarkan dapatan kajian kepada pihak berkepentingan telah diadakan di Universiti Malaysia Terengganu pada 13 April 2023 bersempena sambutan Hari Bumi 2023.

Seramai 36 orang peserta hadir ke sesi ini termasuk wakil daripada pelbagai agensi, ahli akademik dan penyelidik serta pihak penganjur.

Penglibatan aktif para peserta dalam sesi diskusi dan soal jawab telah menterjemah cadangan hala tuju berasaskan dapatan kajian untuk pengurusan hutan yang berkenaan dan guna tanah yang lebih lestari untuk manfaat rakyat dan alam sekitar. Ini termasuklah potensi penghasilan kredit karbon sebagai pembiayaan mampan inovatif yang menggabungkan aspek pemuliharaan berserta sumber dana untuk negeri Terengganu.

Diharap sesi perkongsian ini berupaya meningkatkan kerjasama strategik yang berterusan antara pelbagai pihak berkepentingan di Terengganu, demi bumi kita yang lestari dan sejahtera.

#EarthDay2023 #InvestInOurPlanet #SetiuWetlands #Gelam #Konservasi #TanahBencahSetiu #CarbonStock #ValuingWetlands #mangroves #peatswamp #inlandforest #naturebasedsolutions #CarbonTrading

Source: https://www.facebook.com/108100218241/posts/1016270797550824..



 

avatar

WWF Malaysia

WWF-Malaysia is a national conservation trust that currently runs conversation projects covering a diverse range of environmental protection & nature conservation in Malaysia. Our mission is to stop the degradation of the planet's natural environment and to build a future in which humans live in harmony with nature.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.