Go

Kunjungan Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Sauda..

 




Kunjungan Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Saudara Arie Dwi Andika ke Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia menemui Ketua Pengarah Y.Bhg Dato’ Abdul Kadir bin Abu Hashim mendapat gambaran jelas mengenai permasalahan konflik hidupan liar terutama kehadiran gajah di kawasan perkampungan penduduk serta cabaran pemuliharaan Harimau Malaya yang populasinya semakin meruncing di negara ini.

Menariknya Dato’ KP Perhilitan turut menghadiahkan senaskah buku karangan beliau sendiri berjudul ASPIRASI DAN CABARAN PENGURUSAN HIDUPAN LIAR DI SEMENANJUNG MALAYSIA yang memberi banyak pengetahuan mengenai perjalanan dan penglibatan pengurusan haiwan liar di Malaysia.

Animal Malaysia menyambut baik usaha Perhilitan untuk menambah baik Sistem Pengurusan Konflik Hidupan Liar dari semasa ke semasa dan mengharapkan usaha ini mendapat sokongan padu dan galakkan daripada kerajaan dari sudut peningkatan fasiliti, tenaga mahir dan separa mahir, logistik, kemudahan dan penambahan kakitangan yang sekarang ini dikira amat kritikal untuk mendapatkan input dan output yang berhasil.

Jika diamati prestasi Jabatan Perhilitan semenjak 10 tahun kebelakangan ini, banyak peningkatan mutu dan kualiti servis dalam usaha membanteras penyeludupan dan pemburuan haram haiwan liar dilakukan dengan jayanya. Namun masih terdapat beberapa hal perlu dititik beratkan dan perlu diberi perhatian, sokongan dan tumpuan serius kerajaan melalui Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar supaya keupayaan maksimum boleh tercapai sesuai hasrat rakyat mahukan yang terbaik untuk kebajikan haiwan liar di Malaysia.

Hadir sama dalam pertemuan hari ini Encik Alif Wira Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Perhilitan, Puan Ain-Maryam binti Zuolkipli@Zulkifli Penasihat Undang-Undang Animal Malaysia dan Encik Adam bin Salehuddin Pengetua Akademi Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Academy

____________________________________________

❤️ Kucing-kucing jalanan di Galeri Animal Malaysia adalah di bawah Program CSR makanan Super Premium Buttons and Bows Malaysia dan tajaan pasir oleh Izzlisha Majesty – Cat Litter, Cat Hotel & Spa

“Di sini bermulanya kasih sayang yang terbiar dan berubahnya nasib yang tidak terbela”

✅ Galeri Animal Malaysia dibuka kepada pelawat setiap hari Isnin hingga Sabtu dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Adoption dibuka kepada yang layak. Dapatkan lokasi di Google atas nama Galeri Animal Malaysia.

✅ Bantu operasi Galeri Animal Malaysia melalui jualan amal di https://shopee.com.my/galerianimalmalaysia dan sumbangan kewangan : MAA ANIMAL CARE ( 8009964351 CIMB Bank Berhad )

✅ Pendaftaran Sijil Pemilikan Haiwan dan platform adoption online percuma boleh dibuat di www.animalmalaysia.com

#cat #kucing #kitten #babycat #adoption #donation #charity #galeri #animal #malaysia #stray

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/2042145319325..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.