Masalah Provokasi, Keseteruan Antara Para Pencinta..
Tweet |
Masalah provokasi, keseteruan antara para pencinta haiwan dengan penguatkuasa pihak berkuasa tempatan dan ancaman terhadap haiwan jalanan terutama anjing dan kucing jalanan tidak akan berakhir dan tiada titik tolak selagi mana tiada perubahan terhadap beberapa undang-undang haiwan yang memberi kuasa besar kepada Pihak Berkuasa Tempatan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang mengikut peruntutkkan yang sedia ada sekarang.
Pertemuan Saudara Arie Dwi Andika Presiden Persatuan Haiwan Malaysia dengan rombongan Animal Malaysia bersama Ahli Parlimen Petaling Jaya Yang Berhormat Encik Lee Chean Chung di pejabat Pusat Khidmat Rakyat Petaling Jaya Selangor petang tadi memfokuskan mengenai cadangan keperluan membahaskan pindaan beberapa undang-undang berkaitan haiwan jalanan di Parlimen yang perlu diberi perhatian jika negara ini mahukan perubahan total terhadap nasib anjing dan kucing jalanan.
Semoga segala perancangan dan cadangan diatur dapat direalisasikan hingga ke peringkat deraf pindaan di parlimen dengan Animal Malaysia bersedia menjadi pencadang konsultan terhadap keperluan pindaan beberapa akta lapuk yang selama ini mengancam haiwan jalanan dan tiada keadilan untuk manusia juga.
“Beraama menuju profesionalisme menangani isu haiwan jalanan”
____________________________________________
❤️ Kucing-kucing jalanan di Galeri Animal Malaysia adalah di bawah Program CSR makanan Super Premium Buttons and Bows Malaysia dan Pasir Tofu Izzlisha Majesty – Cat Litter, Cat Hotel & Spa
“Di sini bermulanya kasih sayang yang terbiar dan berubahnya nasib yang tidak terbela”
✅ Galeri Animal Malaysia dibuka kepada pelawat setiap hari Isnin hingga Sabtu dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Adoption dibuka kepada yang layak. Dapatkan lokasi di Google atas nama Galeri Animal Malaysia.
✅ Bantu operasi Galeri Animal Malaysia melalui jualan amal di https://shopee.com.my/galerianimalmalaysia dan sumbangan kewangan : MAA ANIMAL CARE ( 8009964351 CIMB Bank Berhad )
✅ Pendaftaran Sijil Pemilikan Haiwan dan platform adoption online percuma boleh dibuat di www.animalmalaysia.com
#cat #kucing #kitten #babycat #adoption #donation #charity #galeri #animal #malaysia #stray
Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/2036860463187..
Tweet |
Facebook Comments