Terima Kaseh Dr. Maya Klinik Veterinar Maya Hadir ..
Tweet | ![]() |
Terima kaseh Dr. Maya Klinik Veterinar Maya hadir ke Galeri Animal Malaysia membantu ibu dan anak kucing yang sakit mata kronik ditemui ditepi jalan pada hari Isnin lalu. Hari ini keadaan si ibu dan anak-anaknya yang berusia 3 minggu dikhabarkan sudah makin sembuh.
Galeri Animal Malaysia hanya mampu menempatkan 100 ekor kucing maksimum dalam satu-satu masa. Keutamaan diberikan untuk kucing-kucing dikutip dan diselamatkan sendiri. Dasar mengutamakan adoption adalah satu daripada objektif penubuhan Galeri Animal Malaysia demi menjayakan agenda sebuah rumah dua ekor kucing di negara ini.
Terima kaseh juga kepada rakan CSR rasmi Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association yang utama iaitu Buttons and Bows Malaysia penaja makanan berkualiti super premium dan Izzlisha Majesty – Cat Litter, Cat Hotel & Spa penaja pasir tofu untuk kegunaan kucing-kucing yang berteduh di Galeri Animal Malaysia.
Galeri Animal Malaysia amat mengalu-alukan kehadiran lebih ramai petugas sukarelawan untuk hulur tangan bantu keperluan kucing-kucing di sini.
____________________________________________
“Di sini bermulanya kasih sayang yang terbiar dan berubahnya nasib yang tidak terbela”
✅ Galeri Animal Malaysia dibuka kepada pelawat setiap hari Isnin hingga Sabtu dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Adoption dibuka kepada yang layak. Dapatkan lokasi di Google atas nama Galeri Animal Malaysia.
✅ Bantu operasi Galeri Animal Malaysia melalui jualan amal di https://shopee.com.my/galerianimalmalaysia atau sumbangan kewangan ke akaun : MAA ANIMAL CARE ( 8009964351 CIMB Bank Berhad )
✅ Pendaftaran Sijil Pemilikan Haiwan dan platform adoption online percuma boleh dibuat di www.animalmalaysia.com
#cat #kucing #kitten #babycat #adoption #donation #charity #galeri #animal #malaysia #stray
Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/2034833790057..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments