Go

Wwf-Malaysia Telah Menjalankan Kajian Menilai Daya..

 




WWF-Malaysia telah menjalankan kajian menilai daya tampung (carrying capacity) Kompleks Hutan Bukit Fraser dari segi fizikal dan ekologinya, dalam usaha mengimbangi pembangunan ekopelancongan dan pemuliharaan ekosistem dan biodiversiti.

Beberapa cadangan tindakan dan garis panduan berdasarkan hasil dapatan kajian tersebut telah dibentangkan dan dibincangkan sewaktu bengkel perkongsian yang diadakan pada 14 Mac lalu di Mega View Hotel, Kuantan.

Seramai lebih kurang 30 orang peserta yang terdiri daripada agensi-agensi berkepentingan, pertubuhan bukan kerajaan, wakil rakyat, ahli akademik serta pihak pemegang taruh lain yang berkaitan telah hadir dan memberi maklumbalas serta input dalam bengkel perkongsian tersebut.

Diharap bengkel ini berupaya meningkatkan kerjasama strategik yang berterusan antara pelbagai pihak berkepentingan, demi masa depan Kompleks Hutan Bukit Fraser yang lebih cerah. Ikuti laman sesawang wwf.org.my untuk maklumat lebih lanjut tentang kerja-kerja kajian dan lapangan kami.

#KompleksHutanBukitFraser #KonservasiBiodiversiti #EkopelanconganMampan

Source: https://www.facebook.com/108100218241/posts/1016263246864324..



 

avatar

WWF Malaysia

WWF-Malaysia is a national conservation trust that currently runs conversation projects covering a diverse range of environmental protection & nature conservation in Malaysia. Our mission is to stop the degradation of the planet's natural environment and to build a future in which humans live in harmony with nature.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.