Go

Hari Pertama Buttons And Bows Malaysia Cat Adoptio..

 




Hari Pertama Buttons and Bows Malaysia Cat Adoption Fiesta 2023 anjuran Amcorp Mall Petaling Jaya Selangor sedang berlangsung dari 18-19 Mac 2023 hari Sabtu dan Ahad dari jam 11.00 pagi hingga 7.00 malam.

100 ekor kucing dari Galeri Animal Malaysia termasuk adults dan kittens dipamerkan untuk mencari keluarga baharu. Terdapat booth jualan barangan keperluan kucing lain dalam acara memartabatkan kucing jalanan yang perlukan sokongan ramai supaya menaik taraf kehidupan ‘dari jalanan ke rumah kediaman.’

Turut menyokong usaha ‘satu rumah dua ekor kucing’ ini ialah Persatuan Half Way Home For Furly Strays (HAHFS) dan Kelab Kucing Buttons and Bows Malaysia. Bersama beramai-ramai hadir mendapatkan keluarga angkat di sini.

“Di sini bermulanya kasih sayang yang terbiar dan berubahnya nasib yang tidak terbela”

✅ Galeri Animal Malaysia dibuka kepada pelawat setiap hari Isnin hingga Sabtu dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Adoption dibuka kepada yang layak. Dapatkan lokasi di Google atas nama Galeri Animal Malaysia.

✅ Bantu operasi Galeri Animal Malaysia melalui jualan amal di https://shopee.com.my/galerianimalmalaysia dan sumbangan kewangan : MAA ANIMAL CARE ( 8009964351 CIMB Bank Berhad )

✅ Pendaftaran Sijil Pemilikan Haiwan dan platform adoption online percuma boleh dibuat di www.animalmalaysia.com

#cat #kucing #kitten #babycat #adoption #donation #charity #galeri #animal #malaysia #stray

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/2023145601225..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.