Dia Mungkin Sengaja Ditinggalkan Dibuang. Anjing K..
Tweet | ![]() |
DIA MUNGKIN SENGAJA DITINGGALKAN DIBUANG
Anjing kecil ini tiada makanan, tiada air, terikat dengan tali pendek di tiang, keadaan kotor tidak terurus dan terbiar di bawah terik matahari. Begitulah menurut seorang saksi yang melihat anjing ini sewaktu lalu dengan keretanya di kawasan Lorong Delapan kampung pandan 55100 Kuala Lumpur (Sebelah warung makan India).
Galeri Animal Malaysia hanya berkemampuan menawarkan dan bersedia menumpangkan anjing secara sementara memandangkan ketiadaan kompaun anjing buat masa ini.
Saksi dirayu supaya bantu ambil anjing tersebut dan bawa ke Galeri Animal Malaysia memandangkan saksi sedang berada di lokasi dan Galeri Animal Malaysia ketiadaan petugas cukup untuk bergegas ke lokasi dalam tempoh singkat. Ia sebagai untuk membolehkan pemilik menuntut atau diadopt sesiapa yang berminat selepas 3 hari tiada tuntutan oleh mana-mana pemilik.
Namun Saksi memaklumkan tidak dapat membantu menghantar atau melakukan apa -apa kerana sedang berjalan dengan keretanya ketika dia ditawarkan tempat untuk meletakkan sementara anjing berkenaan di Galeri Animal Malaysia.
Oleh kerana banyak kekangan Saksi meminta orang ramai hubunginya untuk datang ambil anjing tersebut dan di bawa ke shelter anjing. Orang ramai boleh menghubungi saksi pada bila-bila masa di talian +60146447407 untuk bawa kenderaan bantu ambil anjing dan bawa pergi dari tempat anjing dilaporkan sengsara memandangkan keretanya mungkin tidak sesuai mengangkut anjing.
“Di sini bermulanya kasih sayang yang terbiar dan berubahnya nasib yang tidak terbela”
✅ Galeri Animal Malaysia dibuka kepada pelawat setiap hari Isnin hingga Sabtu dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Adoption dibuka kepada yang layak. Dapatkan lokasi di Google atas nama Galeri Animal Malaysia.
✅ Bantu operasi Galeri Animal Malaysia melalui jualan amal di https://shopee.com.my/galerianimalmalaysia dan sumbangan kewangan : MAA ANIMAL CARE ( 8009964351 CIMB Bank Berhad )
✅ Pendaftaran Sijil Pemilikan Haiwan dan platform adoption online percuma boleh dibuat di www.animalmalaysia.com
#cat #kucing #kitten #babycat #adoption #donation #charity #galeri #animal #malaysia #stray
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/1637859480065..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments