Go

50 Lembu Mati Diracun, Penternak Rugi Rm200,000

 


Pemilik binatang yang cuai dan dungu melepaskan binatang milik sendiri hingga menyebabkan binatang sengsara dan dizalimi sama ada dicederakan, dibunuh secara brutal atau racun perlu diheret ke mahkamah dan didakwa.

Pemilik binatang perlu disiasat dan didakwa mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015 kerana secara cuai mendatangkan kemudaratan terhadap binatang peliharaan atau ternakan. Pemilik juga boleh dikenakan denda minimum RM15,000 hingga maksimum RM75,000 dan penjara sebagaimana pelaku.

Animal Malaysia berharap supaya Seksyen 428 Kanun Keseksaan tidak diguna pakai kerana akta ini memperuntukkan hukuman terlalu ringan dan tidak lagi relevan pada zaman sekarang memandangkan undang-undang ini tidak boleh melibatkan pemilik binatang yang dungu. Sebaiknya pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) menyerahkan kes ini dikendalikan sepenuhnya kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk keadilan signifikan dan komprehensif.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10161362128379883&id=87363369882&mibextid=qC1gEa



MELAKA – Seorang penternak kerugian kira-kira RM200,000 apabila 50 ekor lembu ternakannya mati akibat keracunan di Machap Umboo, Alor Gajah, di sini pada Selasa. Ketua Polis…

Source: https://bit.ly/3ITRFJS



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.