Go

Hari - 1 Pameran Kemanusiaan Kind Malaysia Di Mala..

 




Hari – 1 Pameran Kemanusiaan Kind Malaysia di Malaysia International Trade and Exhibition Centre.

Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) kekal konsisten sebagai NGO yang menyampaikan kesedaran awam tentang jenayah haiwan dan Undang-Undang Haiwan. Booth Animal Malaysia turut mempamerkan kes-kes jenayah haiwan yang berlaku dalam tempoh 6 tahun semenjak berkuatkuasanya Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Kesudian tetamu kehormat Tan Sri Asmat Kamaludin, Pengerusi DSA Exhibition And Conference Sdn Bhd dan Encik Nadzeem Abdul Rahman, Pengarah Eksekutif DSA Exhibition And Conference Sdn Bhd ke booth Animal Malaysia dan booth Kelab Kucing Buttons and Bows Malaysia juga merupakan satu penghormatan dan penghargaan yang besar.

Terima kasih atas kesudian melibatkan pihak Animal Malaysia dan rakan CSR Buttons and Bows Malaysia dalam misi memperkasakan tugas kemanusiaan terutamanya terhadap haiwan dalam pameran ini.

Animal Malaysia juga menerima kehadiran 马铃薯叔叔日志 Uncle Kentang dengan sesi bertukar pandangan dan idea dalam usaha membantu haiwan memerlukan.

Esok adalah hari kedua dan terakhir dan orang ramai boleh berkunjung ke booth 5043 dan 5044 Hall 5 tingkat 2 untuk bersama memberi sokongan terhadap usaha ini.

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/2013278672212..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.