Waktu Untuk Sesi Throwback. Wwf-Malaysia Telah Men..
Tweet |
WWF-Malaysia telah menyertai Program Sayangi Sungai Johor sebagai pempamer bertempat di Dewan Raya Sungai Telor, Johor pada 12 Februari yang lalu. Ini merupakan kesinambungan penglibatan WWF-Malaysia terdahulu dalam siri Focus Group Discussion lembangan Sungai Johor di bawah Water Security and Sustainable Development Hub Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Program anjuran UTM dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Kampung Sungai Telor ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan memberi pendedahan kepada komuniti tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan sungai, terutamanya di lembangan Sungai Johor.
Pelbagai aktiviti sepanjang program ini berlangsung seperti pertandingan mewarna, memasak, memancing, mengutip sampah sambil beriadah serta kuiz dan pameran telah mendapat sambutan meriah daripada komuniti setempat dan pelajar-pelajar sekolah.
Pameran oleh WWF-Malaysia turut dikunjungi ramai yang mana menekankan aspek kesedaran dan peranan komuniti dalam penjimatan dan penggunaan air secara berhemah di samping mempromosi konsep Penyelesaian Berasaskan Alam Semula Jadi atau Nature-Based Solutions (NbS).
Jutaan terima kasih kepada pihak UTM dan JKKK Kampung Sungai Telor atas jemputan ke program ini. Ayuh cakna tentang langkah-langkah penggunaan air berhemah serta pendekatan NbS untuk kelestarian sungai dan sumber air demi kesejahteraan manusia dan alam sekitar.
#ProgramSayangiSungaiJohor #NaturebasedSolutions #komunitijohor #sungaijohor #ValuingRivers
Source: https://www.facebook.com/108100218241/posts/1016256496121324..
Tweet |
Facebook Comments