Kajian Nilai Ekonomi Dan Kebergantungan Komuniti T..
Tweet |
Kajian Nilai Ekonomi dan Kebergantungan Komuniti Terhadap Hutan Gelam di Tanah Bencah Setiu, Terengganu telah berjaya dilaksanakan pada tahun 2022.
Susulan itu, satu sesi perkongsian dapatan kajian bersama pihak berkepentingan telah diadakan di Sumai Hotel Apartment, Kuala Terengganu pada 21 Februari 2023.
Seramai lebih kurang 50 orang peserta hadir ke sesi ini termasuk wakil daripada agensi, para penyelidik, ahli akademik, komuniti dan sekretariat.
Kajian ini ialah salah satu projek di bawah Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan dan Pembangunan (JTRD) yang merupakan sebahagian daripada satu program kebangsaan berkenaan hutan bakau dan spesis bersesuaian di persisiran pantai negara.
Sejumlah dua sesi perkongsian dapatan kajian dibentangkan iaitu;
1) Hasil kajian soal selidik berkenaan kebergantungan komuniti terhadap hutan gelam di Setiu, Terengganu.
2) Hasil kajian nilai ekonomi (Total Economic Value) terhadap hutan gelam di Tanah Bencah Setiu, Terengganu.
Sesi soal jawab dan perbincangan antara peserta dan penyelidik turut diadakan. Ini merangkumi hala tuju pengurusan hutan gelam, khususnya dari perspektif saintifik dan pemuliharaan, bagi merealisasikan potensi serta manfaat ekonomi dan sosial melalui pengurusan lestari hutan gelam di Tanah Bencah Setiu.
Diharap sesi perkongsian ini berupaya meningkatkan kerjasama strategik yang berterusan antara pelbagai pihak berkepentingan, demi masa depan Tanah Bencah Setiu yang lebih cerah.
#SetiuWetlands #Gelam #Konservasi #TanahBencahSetiu #SesiPerkongsianTEV #ValuingWetlands
Source: https://www.facebook.com/108100218241/posts/1016256494993824..
Tweet |
Facebook Comments