Go

Sesi Menyampaikan Penerangan Sedikit Sebanyak Meng..

 




Sesi menyampaikan penerangan sedikit sebanyak mengenai langkah, kaedah dan persediaan terhadap kemungkinan pelanggaran undang-undang haiwan sewaktu menjalankan perniagaan haiwan peliharaan pada hari Ahad lalu yang disampaikan Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Encik Arie Dwi Andika.

Animal Malaysia memuji Purrfection Catz Grooming Academy yang menganjurkan Kursus Start Your Own Pet Business dengan memasukkan silibus / modul Undang-Undang Haiwan – Memahami Peraturan Menjalankan Perniagaan Haiwan Peliharaan. Kursus ini adalah persediaan menjalankan perniagaan berkaitan haiwan peliharaan sama ada kedai haiwan peliharaan, pusat penginapan haiwan atau pusat dandanan haiwan.

Masyarakat kita perlu celik mengenai peraturan, kaedah dan penguatkuasaan undang-undang haiwan yang ada sama ada mengendalikan pusat jagaan haiwan atau perniagaan berkaitan haiwan.

Terima kaseh kepada akademi latihan haiwan yang berusaha mengetengahkan perkara ini dalam silibus kursus dijalankan.

“Di sini bermulanya kasih sayang yang terbiar dan berubahnya nasib yang tidak terbela”

✅ Galeri Animal Malaysia terbuka kepada semua pengunjung secara walk in setiap hari Isnin hingga Sabtu dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Adoption digalakkan kepada yang layak. Untuk lokasi dan alamat sila Google Search nama Galeri Animal Malaysia.

✅ Support jualan amal untuk bantu operasi Galeri Animal Malaysia di https://shopee.com.my/galerianimalmalaysia atau sumbangan terus ke akaun galeri MAA ANIMAL CARE ( 8009964351 CIMB Bank Berhad )

✅ Haiwan peliharaan adalah keluarga kita. Catatkan kenangan melalui pendaftaran sijil. Daftar Sijil Pemilikan Haiwan atau Sijil Kematian Haiwan di https://animalmalaysia.com/animal-ownership-certificate/

✅ Gunakan platform percuma untuk buka adoption kucing yang ditemui di https://animalmalaysia.com/adopt/

#cat #kucing #kitten #babycat #adoption #donation #charity #galeri #animal #malaysia #stray

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/2007061499501..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.