Go

Kes 3 Ekor Kuda Terbiar Di Bukit Ampang Selangor M..

 




Kes 3 ekor kuda terbiar di Bukit Ampang Selangor mendapat perhatian banyak pihak dan akhirnya berjaya diselamatkan oleh kumpulan pencinta kuda di Malaysia.

Kerja menyelamat kuda terbiar ini adalah ihsan kumpulan penyelamat kuda diketuai DSP Nur Hidayah binti Damahoori dari Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) dan warga Unit Berkuda PDRM. Kuda dibantu oleh Deny Iskandar bin Bahtiar Afandi dari Rahman Putra Ekuestrian Centre (RPEC) dan ditempatkan di Stable Kuda RPEC.

Turut menjayakan majlis dan bersama membantu kerja menyelamat ialah Kapten Bersekutu (PA) Nur Syuhada binti Kamaruddin dari SSC Resources serta Dr. Saravanakumar S. Pillai dari Persatuan Gagasan Sukarelawan Semalaysia (PGSS) yang mengambil peranan urusan bekalan rawatan dan pemantauan kesihatan kuda selepas menyelamat.

Terima kaseh tidak terhingga juga kepada Tuan Ajwad Attamimi bin Ashaari dari Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) juga mewakili CEO GISB Tuan Adib Attamimi bin Ashaari selaku penaja utama acara, tempat dan makan minum majlis penyerahan Sijil Penghargaan Penyelamat Kuda Terbiar Bukit Ampang. Majlis diadakan di Ikhwan Delights Sg Penchala.

Sijil Penghargaan dianugerahkan oleh Persatuan Haiwan Malaysia yang disampaikan oleh Presidennya Saudara Arie Dwi Andika. Turut hadir sama Saudara Dave Gill Presiden Kelab Kucing Buttons and Bows Malaysia juga merupakan rakan rasmi CSR Persatuan Haiwan Malaysia. Penganugerahan sijil oleh Animal Malaysia ini sebegai menghargai mengiktiraf jasa dan pengorbanan kumpulan penyelamat yang bertungkus lumus memainkan peranan menyelamatkan tiga nyawa yang teraniaya tersebut.

Semoga kumpulan kominiti pencinta kuda terus berjuang membanteras membantu dan menyelamat kuda yang diabaikan oleh pemilik tidak bertanggungjawab dan tiada ilmu pengurusan kuda. Semua pencinta kuda di negara ini menanti apakah tindakan selanjutnya Lembaga Kebajikan Haiwan Jabatan Perkhidmatan Veterinar terhadap pemilik yang mengabai kebajikan kuda serta menyemak lesen menunggang kuda yang diperuntukkan oleh Seksyen 15, Seksyen 24 dan Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 memandangkan kondisi kuda ketika diselamatkan.

Rujuk post asal kesengsaraan kuda terabai :

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10161258014594883&id=87363369882&mibextid=qC1gEa

“Di sini bermulanya kasih sayang yang terbiar dan berubahnya nasib yang tidak terbela”

✅ Galeri Animal Malaysia terbuka kepada semua pengunjungGaleri Animal Malaysia hari Isnin hingga Sabtu dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Adoption digalakkan kepada yang layak. Untuk lokasi dan alamat sila Google Search nama Galeri Animal Malaysia.

✅ Support jualan amal untuk bantu operasi Galeri Animal Malaysia di https://shopee.com.my/galerianimalmalaysia atau sumbangan terus ke akaun galeri MAA ANIMAL CARE ( 8009964351 CIMB Bank Berhad )

✅ Haiwan peliharaan adalah keluarga kita. Catatkan kenangan melalui pendaftaran sijil. Daftar Sijil Pemilikan Haiwan di https://animalmalaysia.com/animal-ownership-certificate/ dan daftar Sijil Kematian Haiwan di https://animalmalaysia.com/animal-death-certificate/ .

✅ Gunakan platform percuma untuk buka adoption kucing yang ditemui di https://animalmalaysia.com/adopt/

#cat #kucing #kitten #babycat #adoption #donation #charity #galeri #animal #malaysia #stray

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1994378270769..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.