Ini Bukan Cara Pelihara Anjing. Ini Bukan Membantu..
Tweet | ![]() |
Ini bukan cara pelihara anjing. Ini bukan membantu anjing. Tapi ini lebih menyiksakan hidup anjing. Maklumat awal disampaikan informer mengatakan beginilah keadaan anjing siang dan malam. Diikat dengan rantai pendek tidak kira waktu hujan atau panas malam atau siang. Sekali gus menyukarkan anjing menikmati kebebasan dan mengekang tingkah laku semula jadi anjing yang memerlukan ‘walk a dog’.
Sudah tiba masanya Lembaga Kebajikan Haiwan Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak lagi berlembut dengan pemilik-pemilik anjing yang tidak pernah sedar tanggungjawab terhadap anjing peliharaan mereka. Tindakan hanya mengeluarkan notis tambah baik pengabaian tidak memberi kesedaran dan pelajaran yang berkualiti kepada pemilik anjing. Malah tiada pengajaran kepada pemilik yang lain apabila saban hari negara dihidangkan dengan pemandangan penderaan mental dan fizikal anjing.
Tindakan serta merta seperti penyitaan anjing dan mendakwa mereka yang melakukan kesalahan jenayah haiwan terhadap anjing ke mahkamah. Tiada lagi polisi peluang dan beri muka kepada pemilik.
Lokasi anjing adalah di Taman Nusantara Prima, Bandar Iskandar Puteri Johor.
Sumber aduan : Batma’s
“Di sini bermulanya kasih sayang yang terbiar”
✅ Galeri Animal Malaysia terbuka kepada semua pengunjung secara walk in setiap hari Isnin hingga Sabtu dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Adoption digalakkan kepada yang layak. Untuk lokasi dan alamat sila Google Search nama Galeri Animal Malaysia.
✅ Support jualan amal untuk bantu operasi Galeri Animal Malaysia di https://shopee.com.my/galerianimalmalaysia atau sumbangan terus ke akaun galeri MAA ANIMAL CARE ( 8009964351 CIMB Bank Berhad )
✅ Haiwan peliharaan adalah keluarga kita. Catatkan kenangan melalui pendaftaran sijil. Daftar Sijil Pemilikan Haiwan di https://animalmalaysia.com/animal-ownership-certificate/ dan daftar Sijil Kematian Haiwan di https://animalmalaysia.com/animal-death-certificate/ .
✅ Gunakan platform percuma untuk buka adoption kucing yang ditemui di https://animalmalaysia.com/adopt/
#cat #kucing #kitten #babycat #adoption #donation #charity #galeri #animal #malaysia #stray
Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/videos/3413653878899..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments