Pemandulan Kucing Jalanan Siri Ke - 6 / 2022. Pema..
Tweet |
PEMANDULAN KUCING JALANAN SIRI KE – 6 / 2022
Pemandulan sesi ke-6 pada kali ini menyaksi 40 ekor kucing jalanan di Galeri Animal Malaysia dimandulkan menjadikan sebanyak 240 ekor keseluruhan kucing dimandulkan pada sepanjang tahun 2022 oleh Persatuan Haiwan Malaysia.
Terima kasih atas usaha ini dan kerjasama semua vet yang turun pasang membantu menjayakan Dasar Kawalan Populasi Kucing Jalanan (Stray Cat Population Control Policy – SCPC) oleh Persatuan Haiwan Malaysia.
Ia usaha jangka panjang mengurangkan populasi kucing terbiar supaya lambakan kucing tidak meningkat. Selain itu usaha ini mengurangkan kesengsaraan kucing yang hidup di luar sana.
Galeri Animal Malaysia komited menjayakan Kempen Trap – Neuter – Rehome (TNR) melalui acara adoption besar-besaran yang telah beberapa kali dijalankan.
Hargai dan support usaha pemandulan ini dengan pembiayaan berterusan kepada Tabung Pemandulan Animal Malaysia. Kos RM4,000 diperlukan bagi setiap sesi pemandulan yang dijalankan. Kos keseluruhan perbelanjaan untuk kerja pemandulan ini adalah RM24,000 bagi 240 ekor kucing tidak termasuk rawatan kesihatan terhadap penyakit-penyakit dialami kucing jalanan.
Sumbangan masyarakat untuk pembiayaan pemandulan amat dialu-alukan. Hulurkan sedikit seorang RM5/RM10/RM20/RM50/RM100 atau berapa sahaja jumlah termampu sebagai usaha bersama kita semua.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun Tabung SCPC Animal Malaysia :
Nama Akaun : PERSATUAN HAIWAN MALAYSIA
No. Akaun : 1416141000046124
Nama Bank : Bank Simpanan Nasional (BSN)
Reference : Projek SCPC
“Di sini bermulanya kasih sayang yang terbiar”
✅ Galeri Animal Malaysia terbuka kepada semua pengunjung secara walk in setiap hari Isnin hingga Sabtu dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Adoption digalakkan kepada yang layak. Untuk lokasi dan alamat sila Google Search nama Galeri Animal Malaysia.
✅ Support jualan amal untuk bantu operasi Galeri Animal Malaysia di https://shopee.com.my/galerianimalmalaysia atau sumbangan terus ke akaun galeri MAA ANIMAL CARE ( 8009964351 CIMB Bank Berhad )
✅ Haiwan peliharaan adalah keluarga kita. Catatkan kenangan melalui pendaftaran sijil. Daftar Sijil Pemilikan Haiwan di https://animalmalaysia.com/animal-ownership-certificate/ dan daftar Sijil Kematian Haiwan di https://animalmalaysia.com/animal-death-certificate/ .
✅ Gunakan platform percuma untuk buka adoption kucing yang ditemui di https://animalmalaysia.com/adopt/
#cat #kucing #kitten #babycat #adoption #donation #charity #galeri #animal #malaysia #stray
Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1968003996740..
Tweet |
Facebook Comments