Go

Csr Berpanjangan Dan Tetap Konsisten Adalah Hal Ya..

 


CSR berpanjangan dan tetap konsisten adalah hal yang bukan mudah di lakukan. Sekiranya masih berlarutan. Ia mentafsirkannsatu keikhlasan yang mengatasi bukan sekadar perniagaan. Namun hati dan ingatan tulus menyantuni haiwan yang memerlukan. Program Corporate Social Responsibility (CSR) oleh Buttons and Bows Malaysia untuk Galeri Animal Malaysia kini masuk tahun kedua.

Tahniah kedua-dua pihak kerana kekal konsisten membantu kucing-kucing memerlukan dan ia merupakan satu manfaat buat kucing-kucing jalanan yang menghuni Galeri Animal Malaysia.

Terima kaseh dan semoga terus menabur bakti terhadap kucing jalanan. Semoga martabat hidup kucing dari jalanan dapat berubah ke rumah kediaman.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=210928821300885&id=100071513061031&sfnsn=mo&mibextid=RUbZ1f



Apabila ramai pengunjung yang hadir ke Galeri Animal Malaysia bertanya apakah rahsia tubuh kucing menjadi montel, bulu kelihatan cantek, kucing kurang dijangkiti penyakit dan kucing tampak solid dalam peliharaan Galeri ini?

Semua bermula dari pemakanan. Tubuh sihat dan kecantikan bermula dari perut. Apa yang dihadamkan oleh perut. Terbukti apabila ada kucing yang sudah hampir setahun mendiami galeri tidak mempunyai sebarang masalah kehidupan. Semua nikmat dan keberhasilan memelihara dengan baik ini adalah dokongan Buttons and Bows Malaysia yang kekal setia dan konsisten menaja makanan bulanan tanpa gagal untuk kucing di galeri ini.

Hari ini Galeri Animal Malaysia menerima bantuan bekalan makanan rutin bulanan untuk bulan Januari 2023 sebanyak 250 kilogram melalui tanggungjawab CSR oleh pengedar tunggal Gillchal Sdn Bhd. Terima kaseh Buttons and Bows. Kucing-kucing di Galeri Animal Malaysia amat menghargainya!

✅ Galeri Animal Malaysia terbuka kepada semua pengunjung secara walk in setiap hari Isnin hingga Sabtu dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Adoption digalakkan kepada yang layak. Untuk lokasi dan alamat sila Google Search nama Galeri Animal Malaysia.

✅ Support jualan amal untuk bantu operasi Galeri Animal Malaysia di https://shopee.com.my/galerianimalmalaysia atau sumbangan terus ke akaun galeri MAA ANIMAL CARE ( 8009964351 CIMB Bank Berhad )

✅ Haiwan peliharaan adalah keluarga kita. Catatkan kenangan melalui pendaftaran sijil. Daftar Sijil Pemilikan Haiwan di https://animalmalaysia.com/animal-ownership-certificate/ dan daftar Sijil Kematian Haiwan di https://animalmalaysia.com/animal-death-certificate/ .

✅ Gunakan platform percuma untuk buka adoption kucing yang ditemui di https://animalmalaysia.com/adopt/

#cat #kucing #kitten #babycat #adoption #donation #charity #galeri #animal #malaysia #stray

Source: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=210927937967640&set=..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.