Si Gempal Berwarna Charcoal Ini Seberat 5 Kilogram..
Tweet | ![]() |
Si Gempal berwarna charcoal ini seberat 5 kilogram. Dia kelihatan berlegar-legar kehilangan arah di sebuah kawasan premis perdagangan selama lebih seminggu. Tidak dipastikan sama ada dia mangsa pembuangan atau mangsa kesesatan. Sepanjang tempoh tersebut Si Gempal diberi makan oleh beberapa penanggungjawab tempat dia berada.
Hari ini dia dihantar ke Galeri Animal Malaysia untuk menguruskan relokasinya atau mencarikan pemilik asal mahu pun keluarga baharu.
Si Gempal kini dibuka serta-merta untuk pengambilan atau adoption. Jika mana-mana pihak berminat mengadopt Si Gempal. Boleh terus walk in ke Galeri Animal Malaysia dan mematuhi syarat adoption ditetapkan.
Jika ada yang mengaku sebagai pemiliknya yang mahu menuntut semula Si Gempal. Sila kemukakan bukti kukuh bahawa anda adalah benar-benar pemilik Si Gempal. Sila kemukakan satu laporan polis mengenai kehilangan Si Gempal. Tarikh kehilangan, tempat kehilangan, sebab-sebab Si Gempal boleh hilang.
Ini kerana untuk membolehkan pihak Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association mengenal pasti adakah kehilangan Si Gempal benar-benar kerana dia lari dari rumah atau disebabkan kecuaian pemilik hingga Si Gempal menjadi mangsa yang membolehkan pemilik didakwa di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 kerana menyebabkan kesengsaraan Si Gempal.
Sama ada untuk adopt atau untuk menuntut kembali Si Gempal. Satu sesi temuduga akan dijalankan dengan teliti. Harap maklum!
✅ Galeri Animal Malaysia terbuka kepada semua pengunjung secara walk in setiap hari Isnin hingga Sabtu dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Adoption digalakkan kepada yang layak. Untuk lokasi dan alamat sila Google Search nama Galeri Animal Malaysia.
✅ Support jualan amal untuk bantu operasi Galeri Animal Malaysia di https://shopee.com.my/galerianimalmalaysia atau sumbangan terus ke akaun MAA ANIMAL CARE ( 8009964351 CIMB Bank Berhad )
#cat #kucing #kitten #babycat #adoption #donation #charity #galeri #animal #malaysia #stray
Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1955827574624..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments