Para Untuk Kucing Berehat Siap Sepenuhnya Untuk Ke..
Tweet | ![]() |
Para untuk kucing berehat siap sepenuhnya untuk kesemua sangkar utama di Galeri Animal Malaysia. Kini tidak risau lagi mereka tidor beralaskan simen. Tidak risau sekiranya lantai kebasahan. Semua kucing ada tempat privasi sendiri tanpa terganggu di antara satu sama lain walau tinggal dalam satu sangkar.
Para besi dan dawai ini seterusnya akan di alas kayu untuk mengurangkan kesejukan selain meletak karpet bagi memberi haba.
Galeri Animal Malaysia mengalu-alukan kebersamaan semua pihak yang mahu memberi yang terbaik untuk kehidupan kucing jalanan. Bantuan yang boleh diberikan untuk membangunkan Galeri Animal Malaysia antaranya :
1. Khidmat sukarelawan pembersihan mengurus kucing dari segi penjagaan kebersihan kucing dan keseluruhan galeri. Beri makan ubat dan menghidangkan makanan basah (wet food).
2. Bantuan kewangan untuk menaiktaraf kemudahan fasiliti keperluan kucing dan bantuan kewangan perubatan veterinar untuk kucing sakit, vaksinasi dan pemandulan kucing-kucing yang dikutip di jalanan yang masih belum dimandulkan dari semasa ke semasa. Bantuan kewangan boleh disalurkan ke akaun Pengurusan Galeri Animal Malaysia :
MAA ANIMAL CARE
8009964351
CIMB Bank Berhad
Keperihatinan dan kasih sayang semua terhadap sokongan usaha Galeri Animal Malaysia amat dialu-alukan.
Pengunjung dialu-alukan datang bersama keluarga berkongsi kasih sayang dengan kucing-kucing yang menghuni di Galeri Animal Malaysia. Adoption bagi yang berkelayakan juga amat digalakkan :
✅ Galeri Animal Malaysia terbuka kepada semua pengunjung secara walk in setiap hari Isnin hingga Sabtu dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Untuk lokasi dan alamat sila taip nama Galeri Animal Malaysia di Google Search.
✅ Support jualan amal untuk bantu operasi Galeri Animal Malaysia di https://shopee.com.my/galerianimalmalaysia
✅ Haiwan peliharaan adalah keluarga kita. Catatkan kenangan melalui pendaftaran sijil. Daftar Sijil Pemilikan Haiwan di https://animalmalaysia.com/animal-ownership-certificate/ dan daftar Sijil Kematian Haiwan di https://animalmalaysia.com/animal-death-certificate/ .
✅ Gunakan platform percuma untuk buka adoption kucing yang ditemui di https://animalmalaysia.com/adopt/
#cat #kucing #kitten #babycat #adoption #donation #charity #galeri #animal #malaysia #stray
Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1950995618440..
Tweet |
![]() |
Facebook Comments