Budaya Mewarnakan Kucing Dan Anjing Serta Mencorak..
Tweet |
Budaya mewarnakan kucing dan anjing serta mencorakkan kedua haiwan peneman tersebut sudah mulai dibudayakan di negara ini. Sebagaimana negara maju lain seperti di United Kingdom, Jepun dan Amerika Syarikat menjadikan aktiviti haiwan peliharaan ini sebagai ‘Grooming is an Art’. Malaysia juga menghadapi revolusi dalam industri grooming kerana terdapat permintaan tinggi dikalangan pemilik kucing dan anjing.
Penggunaan ‘food grade colouring’ yang diakui selamat serta tidak memudaratkan haiwan kesayangan ini menambahkan keyakinan pemilik-pemilik kucing menjadikan ia satu hobi professional untuk mengerarkan kasih sayang antara pemilik dan haiwan peneman.
Penghalang utama pet colouring industry di Malaysia ialah ketidak jelasan peraturan dalam undang-undang (uncleared law) terhadap kebenaran secara sah mengenai aktiviti seni warna haiwan peliharaan ini.
Sehingga kini pihak berkuasa haiwan belum secara rasmi membuat kenyataan rasmi membenarkan dan mengakui aktiviti seni warna haiwan peliharaan tidak bercanggah dengan peraturan Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang menjelaskan melarang mengubah sifat, perangai, bentu dan kehidupan semulajadi haiwan. Manakala belum ada pakar animal psikologi mengakui bahawa mewarnakan haiwan peliharaan tidak mengganggu, menjejaskan atau merencatkan emosi haiwan peliharaan yang diwarna.
Kekeliruan ini perlu dirungkai oleh pihak yang boleh mengesahkan keabsahan aktiviti ini sebagai merancakkan industri dandanan haiwan tanah air atau ia menjadi kesalahan jenayah kezaliman haiwan kerana boleh menyebabkan gangguan emosi haiwan.
Bersama membanteras jenayah haiwan. Kehidupan haiwan tanggungjawab bersama.
Laporkan terus kes jenayah haiwan domestik ke https://awa.dvs.gov.my atau hubungi pejabat DVS negeri berhampiran. Manakala laporkan kes jenayah haiwan liar ke hotline 1-800-88-5151 hubungi pejabat Perhilitan negeri terdekat.
Untuk kongsikan kes jenayah haiwan sebagai kesedaran semua sila ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.
“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”
#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1932193313654..
Tweet |
Facebook Comments