Pemberi Makan Anjing Dan Pengusaha Shelter Anjing ..
Tweet |
Pemberi makan anjing dan pengusaha shelter anjing yang hadir sendiri ke Galeri Animal Malaysia mengambil bekalan makanan anjing sempena Program Bantuan Makanan Anjing Animal Malaysia. Agihan ini diberikan atas dasar ‘first come first serve’ dan ‘self collect’ sahaja berdasarkan bekalan yang ada.
Program Bantuan Makanan Anjing ini diwujudkan bagi membantu golongan penyelamat anjing, pemberi makan anjing jalanan dan pengusaha shelter anjing yang memerlukan. Ia juga daripada bekalan mengalami kerosakan pembungkusan dari stor simpanan makanan. Penerima perlu meneliti dan mengenal pasti validiti makanan yang masih belom tamat tarikh luput dan masih selamat digunakan.
Agihan secara walk in di Galeri Animal Malaysia dibuka dari jam 12.00 tengah hari hingga jam 3.00 petang sahaja setiap hari Isnin hingga Jumaat. Hubungi www.wasap.my/+60166345464 untuk pengambilan.
Bersama membanteras jenayah haiwan. Kehidupan haiwan tanggungjawab bersama.
Laporkan terus kes jenayah haiwan domestik ke https://awa.dvs.gov.my atau hubungi pejabat DVS negeri berhampiran. Manakala laporkan kes jenayah haiwan liar ke hotline 1-800-88-5151 hubungi pejabat Perhilitan negeri terdekat.
Untuk kongsikan kes jenayah haiwan sebagai kesedaran semua sila ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.
“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”
#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1931380237069..
Tweet |
Facebook Comments