Go

Dukun Bomoh Haiwan Dengan Produk Timbang Kilo Perl..

DUKUN & BOMOH HAIWAN DENGAN PRODUK TIMBANG KILO PERLU DIBANTERAS SEGERA!

Banyak aduan diterima mengenai perawat-perawat tidak bertauliah tumbuh bagai cendawan yang lagak seperti vet. Malah secara terang-terangan merendahkan kredibiliti vet bertauliah semata-mata berkepentingan untuk melariskan produk rawatan timbang kilo dan produk sampah rawatan haiwan yang dimonokkam kepada masyarakat luar mengenai keberkesanan produk untuk rawatan haiwan tanpa R&D secara sah serta tiada pengesahan mana-mana pihak berkuasa kimia, racun, farmaseutikal mahupun perubatan veterinar. Malah perawat haram haiwan secara berani menjalankan praktis secara terang-terangan untuk haiwan milik orang ramai.

Kerajaan perlu tegas dan sudah boleh mulai meminda Akta Doktor Veterinar 1974 dari sekarang supaya meletakkan hukuman penjara 3 tahun dan denda hingga RM100,000.00 terhadap individu awam yang mempraktikkan amalan perubatan kepada haiwan dan mengajar ajaran songsang perubatan veterinar kepada orang awan di media sosial mahu pun secara berkelas.

Banyak haiwan jadi mangsa akibat kerakusan golongan penjual ubatan dan bahan rawatan yang berbentuk bukan makanan tambahan untuk veterinar hinggakan ada pihak bertindak menjual agama dengan penjualan air jampi untuk rawatan haiwan malah ada pengeluar penawar-penawar merawat haram yang memangsakan haiwan hinggakan haiwan tidak mendapat rawatan sebetulnya apabila sakit dan berakhir dengan kematian tragis. Ia jelas bertentangan dengan 5 Prinsip Kebajikan Haiwan dalam Peraturan Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Malah terdapat produk penawar-penawar selain supplement untuk haiwan dihasilkan secara campuran perubatan berbentuk antibiotik dan didakwa boleh menyembuhkan 1001 penyakit. Ia amat meragukan apabila satu benda boleh menjadi produk ajaib dan mengubati segala bentuk penyakit yang tidak masuk akal.

Majlis Veterinar Malaysia melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar perlu tegas terhadap isu ini sekarang demi kebaikan nyawa haiwan! Orang ramai yang melihat mana-mana iklan Bogus Vet atau dukun/bomoh/perawat haram haiwan perlu segera laporkan aktiviti tidak bermoral ini demi menyelamatkan lebih banyak haiwan jadi mangsa.

Katakan tidak kepada dukun/bomoh/perawat haram haiwan! No product oveclaim.

Bersama membanteras jenayah haiwan. Kehidupan haiwan tanggungjawab bersama.

Laporkan terus kes jenayah haiwan domestik ke https://awa.dvs.gov.my atau hubungi pejabat DVS negeri berhampiran. Manakala laporkan kes jenayah haiwan liar ke hotline 1-800-88-5151 hubungi pejabat Perhilitan negeri terdekat.

Untuk kongsikan kes jenayah haiwan sebagai kesedaran semua sila ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/animalmalaysia/photos/a.63918759962..

Facebook Comments

Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.