Hari Ini Galeri Animal Malaysia Menerima Kunjungan..
Tweet |
Hari ini Galeri Animal Malaysia menerima kunjungan sekumpulan 12 pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal dari German-Malaysian Institute untuk membuat kerja khidmat sosial sebagai memenuhi kehendak subjek MPU2412 yang mendidik dan mendedahkan mahasiswa mengenai santunan masyarakat terhadap haiwan.
Manfaat ini adalah dinikmati untuk kucing-kucing jalanan yang menghuni Galeri Animal Malaysia. Kehadiran mahasiswa memberi peluang kucing tidak berkeluarga ini menikmati kasih sayang yang amat bernilai. Di samping itu pendedahan mengenai praktikal menguruskan kucing dan pendedahan mengenai peraturan dan undang-undang haiwan diberikan supaya generasi baharu ini menyantuni haiwan secara berilmu dan berlandaskan kehendak hak dan undang-undang haiwan.
Terima kaseh juga kepada Ustaz Mohd Fadhil bin Mohd Faudzi sebagai penyelia program dan penasihat projek khidmat sosial dari GMI atas kecemerlangan dan prestasi baik disampaikan para penuntut di bawah pimpinan Ustaz.
Pengunjung dialu-alukan datang bersama keluarga berkongsi kasih sayang dengan kucing-kucing yang menghuni di di sini. Adoption bagi yang berkelayakan juga amat digalakkan :
✅ Galeri Animal Malaysia terbuka kepada semua pengunjung secara walk in setiap hari Selasa hingga Ahad dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk lokasi dan alamat. Taip nama Galeri Animal Malaysia di Google Search.
✅ Support jualan amal untuk bantu operasi Galeri Animal Malaysia di https://shopee.com.my/galerianimalmalaysia
✅ Haiwan peliharaan adalah keluarga kita. Catatkan kenangan melalui pendaftaran sijil. Daftar Sijil Pemilikan Haiwan di https://animalmalaysia.com/animal-ownership-certificate/ dan daftar Sijil Kematian Haiwan di https://animalmalaysia.com/animal-death-certificate/ .
✅ Gunakan platform percuma untuk buka adoption kucing yang ditemui di https://animalmalaysia.com/adopt/
#cat #kucing #kitten #babycat #adoption #donation #charity #galeri #animal #malaysia #stray
Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1874944106046..
Tweet |
Facebook Comments