Masyarakat Penan Mahir Dalam Kerja-Kerja Menganyam..
Tweet |
Masyarakat Penan mahir dalam kerja-kerja menganyam kraftangan rotan seperti bakul, beg, tikar dan gelang. 💪 Spesis rotan hutan yang biasa digunakan ialah wai bukui (Calamus caesius), wai inang (Calamus optimus) and wai janan (Calamus ornatus). 🌳
Kraftangan Penan amat bernilai. Ia bukan sahaja mewakili budaya dan tradisi yang unik, tetapi ia secara tidak langsung menampilkan kemahiran dan kreativiti masyarakat Penan membuat anyamam. 😎
💡 Memandangkan rotan adalah bahan asas yang penting untuk membuat kraftangan, maka amat penting untuk memastikan sumber rotan yang berterusan. Masyarakat Penan mengamalkan budaya molong, maksudnya mengambil sumber rotan secara terkawal. 💪
Tetapi rotan mengambil masa untuk membesar dan hutan tidak dapat membekalkan sumber rotan yang berterusan sekiranya rotan dikutip secara berlebihan. Oleh itu, penanaman semula rotan sangat penting bagi memastikan bekalan rotan cukup untuk pengeluaran kraftangan pada masa hadapan. 🙌
#WorldsIndigenousPeoples #IndigenousPeople #Rattan #Rotan #Handicraft #HighConservationValue #Penan #Sarawak #Borneo #wwfmy #Borneogramm #MoreToDiscover
Source: https://www.facebook.com/108100218241/posts/1016200862128824..
Tweet |
Facebook Comments