Tahukah Anda? Pokok Sagu Hutan Atau Nama Lokalnya ..
Tweet |
💡 Tahukah anda? Pokok sagu hutan atau nama lokalnya Pantu (Eugeissona utilis) merupakan salah satu contoh tumbuhan yang mempunyai nilai pemuliharaan tinggi (High Conservation Value, HCV) yang sangat penting kepada masyarakat tempatan. Ia merupakan sumber keperluan dan makanan ruji tradisi bagi masyarakat tempatan di Sarawak, terutamanya, masyarakat Penan. 💪
Tepung sagu diperolehi daripada batang yang matang. Na’o dalam bahasa Penan atau linut dalam bahasa tempatan merupakan cara masakan tepung sagu yang paling biasa diamalkan oleh masyarakat Penan. Na’o dijadikan sebagai pengganti nasi dan dimakan bersama dengan lauk-lauk lain. 😋
Terdapat juga ulat sagu atau ulat mulong yang hidup di dalam batang pokok sagu yang dipanggil su’et dalam bahasa Penan. Pucuk atau umbut pokok sagu juga boleh dimakan secara mentah atau dimasak. 🙌
#WorldsIndigenousPeoples #IndigenousPeople #Sago #Sagu #HighConservationValue #Penan #Sarawak #Borneo #wwfmy #Borneogramm #MoreToDiscover
Source: https://www.facebook.com/108100218241/posts/1016200861748824..
Tweet |
Facebook Comments