Ditemui Dalam Enjin Kereta Kelisa Dengan Lidah Ter..
Tweet |
Ditemui dalam enjin kereta Kelisa dengan lidah terjelir kehausan dan pada awalnya menggigil ketakutan di Kawasan letak kereta sekitar shop lot Kampung Pandan Dalam, Ampang Selangor. Dia diselamatkan dan kini disimpan di Galeri Animal Malaysia supaya makan minum dan keselamatan dia terjamin.
Dia dinamakan Puteri Balqis kelihatan sihat. Adoption Puteri Balqis kini dibuka kepada individu yang berkelayakan. Puteri Balqis dianggarkan berumur 5 bulan dan belum boleh dimandulkan.
Mana-mana individu berminat untuk adopt Puteri Balqis boleh secara walk in ke Galeri Animal Malaysia. Adoption tertakluk kepada syarat wajib pemandulan bagi kucing-kucing yang belum mandul namun telah layak dimandulkan sebagai langkah kawalan populasi.
Galeri Animal Malaysia terbuka kepada pengunjung secara walk in untuk berkunjung atau membuat adoption dan dibuka 6 hari seminggu iaitu pada hari Selasa hingga Ahad dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang dan hanya ditutup pada hari Isnin.
Galeri Animal Malaysia
No.5 Jalan Balam
Taman Million
51100 Kuala Lumpur
Support jualan untuk membantu operasi Galeri Animal Malaysia di https://shopee.com.my/galerianimalmalaysia
#cat #kucing #kitten #babycat #adoption #donation #charity #galeri #animal #malaysia #stray
Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1861938234013..
Tweet |
Facebook Comments