Dakwaan Pengadu Mengenai Tindakan Kakitangan Pihak..
Tweet |
Dakwaan pengadu mengenai tindakan kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri Selatan Tanah Air meracun mati anjing-anjing jalanan sebagai jalan singkat terhadap pengurusan anjing stray perlu perhatian serius dengan kadar segera.
Saban hari perlakuan pembunuhan haiwan jalanan sama ada kucing, anjing dan burung semakin meningkat dengan alasan kacau ganggu. Budaya pembunuhan secara meracun zalim begini perlu disekat segera dan masih ada lagi jalan dan kaedah pengurusan haiwan jalanan yang boleh diambil.
Apa yang menyedihkan tindakan meracun ini adalah sebagai jalan mudah atas alasan pengawalan penyakit berjangkit walau pun KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak mengisytiharkan apa-apa gazet rasmi mengenai kawasan yang diracun merupakan kawasan penularan penyakit Rabies atau penyakit berjangkit berbahaya yang lain.
Oleh itu pencinta haiwan di negara ini menggesa kerajaan memandang serius mengenai kaedah pembunuhan haiwan jalanan yang semakin memburuk di negara ini hingga mendidik golongan muda dan anak-anak kecil memandang pembunuhan dan meracun haiwan adalah moral baik yang boleh dicontohi.
Pengadu dan perakam video ini telah mengemukakan satu laporan lengkap terhadap Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia supaya satu tindakan tegas dapat diambil berdasarkan keperluan membunuh haiwan jalanan dibuat dilokasi sewaktu menjalankan operasi.
Persatuan Haiwan Malaysia juga menunggu kenyataan media pihak berkuasa dalam perkara ini memandangkan ia merupakan isu kerosakan moral dan keruntuhan institusi penyayang yang telah runtuh di kalangan masyarakat kesan daripada aktiviti menggalakkan pembunuhan dan meracun secara massa begini terhadap haiwan jalanan.
Negara juga memerlukan pembetulan perundangan yang selaras supaya tidak lagi menjadi undang-undang serong di mana satu pihak membela haiwan dan satu pihak lagi dibenarkan memusnahkan haiwan sewenang-wenangnya tanpa belas kasihan. Perhatian serius perlu diberi oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan – KPKT , Kementerian Pertanian dan Industri Makanan , Jabatan Perdana Menteri dan institusi diraja Istana Negara dalam menangani isu rakyat ini.
Untuk kongsikan kes jenayah haiwan sebagai kesedaran semua sila ke hotline Malaysia Animal Crime Transparency – MyAct www.wasap.my/+60105394749.
Disclaimer : Kandungan video ini mungkin menimbulkan ketidakselesaan, gangguan emosi dan kemarahan kepada penonton. Ia bertujuan sebagai awareness dan mencari maklumat. Pihak Animal Malaysia memohon maaf jika ada pihak yang terganggu.
“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”
#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/malaysiaanimalassociation/videos/11..
Tweet |
Facebook Comments