Video Perlakuan Jenayah Mengenai Penderaan, Pembun..
Tweet |
Video perlakuan jenayah mengenai penderaan, pembunuhan dan kezaliman kerap di terima Animal Malaysia. Setiap hari ada sahaja video jenayah kezaliman makhluk lemah ini dikirim di hotline Animal Malaysia. Tetapi adalah amat malang apabila pengiriman video begini tidak disertakan maklumat lengkap kejadian dan pengadu. Sekali gus ia menjadikan aduan begini tiada kualiti dan sukar diteruskan siasatan, tindakan dan pendakwaan oleh pihak berkuasa.
Orang ramai adalah dinasihatkan supaya beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa sama ada kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk jenayah haiwan domestik atau Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia untuk jenayah haiwan liar jika benar-benar serius mahu menegakkan keadilan terhadap haiwan dizalimi dan mahukan tindakan undang-undang terhadap penjenayah haiwan diambil.
Berikut adalah contoh maklumat penuh diperlukan supaya laporan yang dikemukakan berkualiti dan punyai merit jenayah haiwan yang tepat dan boleh diambil tindakan pihak berkuasa. 👇 :
Aduan terus :
👉 Aduan jenayah haiwan domestik sila isi di platform https://awa.dvs.gov.my
👉 Aduan jenayah haiwan liar sila dail 1300885151 atau hubungi pejabat Perhilitan negeri tempat berlakunya jenayah haiwan.
👉 Isi Aduan perlu lengkap dengan maklumat berikut :
*MAKLUMAT PENGADU*
✅ Nama Penuh :
✅ No. Kad Pengenalan :
✅ No. H/P :
✅ Alamat Penuh :
✅ Adakah Anda Saksi Utama
✅ Kejadian : Ya / Tidak
*MAKLUMAT JENAYAH HAIWAN*
✅ Perkara / Butiran Jenayah :
✅ Tarikh, Hari & Masa Kejadian :
✅ Alamat Penuh Kejadian :
✅ Pelaku Disyaki (Jika dikenali) :
✅ Sertakan Foto/Video Kejadian :
Untuk kongsikan kes jenayah haiwan sebagai kesedaran semua sila ke hotline Malaysia Animal Crime Transparency – MyAct www.wasap.my/+60105394749.
Disclaimer : Kandungan video ini mungkin menimbulkan ketidakselesaan, gangguan emosi dan kemarahan kepada penonton. Ia bertujuan sebagai awareness dan mencari maklumat. Pihak Animal Malaysia memohon maaf jika ada pihak yang terganggu.
“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”
#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/malaysiaanimalassociation/videos/41..
Tweet |
Facebook Comments