Anak-Anak Ini Semuanya Merupakan Anak Pungutan Di ..
Tweet |
Anak-anak ini semuanya merupakan anak pungutan di jalanan. Terbiar sakit dan kebuluran. Tiada makanan dan terdedah ancaman. Inilah hasil pembuangan yang disangka kucing mampu hidup bertahan tanpa bertuan.
Anak-anak kucing ini merupakan kucing yang diselamatkan kerana sakit dan telah menjalani rawatan perubatan. Kini mereka berteduh sementara di Galeri Animal Malaysia menunggu insan-insan pemurah yang sudi menjadikan mereka keluarga supaya matlamat DARI JALANAN KE RUMAH KEDIAMAN dapat dicapai.
Saban tahun kes pembuangan haiwan adalah antara kes jenayah yang sukar dibuktikan dan didakwa di mahkamah. Faktor kegagalan membuktikan pelaku, kegagalan saksi mengemukakan aduan rasmi kepada pihak berkuasa, kegagalan konsistensi pengadu membawa kes hingga ke mahkamah, keengganan mana-mana pihak menjadi saksi, rakaman visual pembuang kucing ada tetapi tidak jelas dan tidak memaparkan wajah pembuang, ketiadaan maklumat penuh pelaku, kegagalan pihak pendakwaan membuktikan pemilikan kucing kerana ketiadaan identiti kucing dan pemilik dan banyak lagi masalah yang menyukarkan pendakwaan terhadap jenayah pembuangan kucing dapat dibuat. Semua ini antara kelemahan kaedah penguatkuasaan dan penyiasatan dalam pengurusan jenayah pembuangan haiwan.
Tiada solusi lain lebih efektif melainkan mewajibkan dua hal terhadap kucing peliharaan di rumah iaitu wajibkan PEMANDULAN dan wajibkan pemasangan MIKROCIP. Pemandulan untuk mencegah pembiakan tidak terkawal bagi pemeliharaan domestik yang bukan komersial atau non-breeder manakala mikrocip sebagai identiti kucing dan pengurusan rekod pemilikan kucing supaya apabila kucing di jalanan memudahkan pihak berkuasa menjejaki rekod pemilikan. Akhirnya tindakan undang-undang dapat diambil terhadap kucing yang ditemui terbiar atau berkeliaran di jalanan.
Laporkan kes jenayah haiwan domestik ke https://awa.dvs.gov.my dan kes jenayah haiwan liar ke hotline 1-800-88-5151.
Untuk kongsikan kes jenayah haiwan sebagai kesedaran semua sila ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.
“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”
#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/malaysiaanimalassociation/photos/a…
Tweet |
Facebook Comments