Perlu Hukuman Sebatan Terhadap Penjenayah Haiwan. ..
Tweet |
Perlu hukuman sebatan terhadap penjenayah haiwan. Setelah 5 tahun negara dapat Akta Kebajikan Haiwan 2015 bagi membendung jenayah haiwan. Bermacam promosi kesedaran haiwan dijalankan pelbagai pihak. Terbukti ia belum cukup mendidik kesedaran.
Ini bermakna masyarakat penzalim dan penjenayah haiwan ini perlu diberi pengajaran keras yang akan membekas dalam hati sanubari mereka iaitu menjalankan hukuman sebatan selain denda dan penjaran.
Minggu ini sahaja dua kes jenayah berat haiwan berlaku iaitu tembak kucing oleh dua anak beranak di Melaka dan hempuk kepala kucing dengan batu bata di Sungai Petani Kedah. Bermakna seperti undang-undang dicabar.
Pihak berkuasa PDRM juga perlu memahami negara memiliki Akta Kebajikan Haiwan 2015 di bawah kuasa Jabatan Perkhidmatan Veterinar. Setiap kes jenayah haiwan adalah lebih baik diserahkan kepada pihak DVS untuk mengelakkan Seksyen 428 Kanun Keseksaan (Perbuatan Khianat terhadap haiwan) diguna pakai yang memperuntukkan hukuman lebih ringan.
Sudah tiba masanya semua badan penguatkuasaan haiwan lebih serius dan memandang berat setiap kes jenayah haiwan agar pelaku dapat dihukum seberat-beratnya memandangkan ia tidak berjalan secara pendidikan.
Tiada alasan mengenai kesilapan kerana kejahilan terhadap hak haiwan memandangkan semua rakyat didedahkan dengan dua cabang kesedaran semenjak kecil iaitu ajaran agama yang melarang umatnya berbuat khianat terhadap haiwan dan kewajipan menyantuni haiwan serta negara ada undang-undang yang mana tidak boleh berbuat sesuka hati seperti zaman primitif yang tiada peraturan dan ketamadunan.
Sumber : Harian Metro 24/06/2022
Arie Dwi Andika
Presiden – Persatuan Haiwan Malaysia
Penganalisis Jenayah Haiwan – Malaysia Animal Crime Transparency – MyAct
Laporkan kes jenayah haiwan domestik ke awa.dvs.gov.my dan kes jenayah haiwan liar ke hotline 1-800-88-5151.
Untuk kongsikan kes jenayah haiwan sebagai kesedaran semua sila ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.
“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”
#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/malaysiaanimalassociation/photos/a…
Tweet |
Facebook Comments