Go

Perbuatan Menyeret Anjing Menggunakan Kenderaan In..

 



Perbuatan menyeret anjing menggunakan kenderaan ini terlihat kejam dan sadis. Tidak dipastikan sama ada anjing ini masih hidup atau sudah mati. Jika sekali pon anjing sudah mati dan tujuan seretan untuk membawa bangkai anjing untuk ditanam atau dibuang. Ia mengundang pemandangan seolah-olah kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Menurut sumber ia berlaku di Sungai Merab, Bangi Selangor.

Banyak cara untuk menguruskan bangkai anjing jika anjing telah mati dan jika pemandu adalah seorang Muslim serta tertakluk kepada kekhuatiran Najis Muhalazah, pemandu kenderaan boleh juga meminta pertolongan jiran bukan Muslim untuk menguruskan pembungkusan badan anjing tersebut.

Pemilik kenderaan ini diminta tampil beri penjelasan mengenai perbuatan seretan anjing menggunakan kenderaannya. Saksi yang mengetahui kejadian diminta supaya memberi penjelasan agar perbuatan begini tidak berulang. Mohon hubungi Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk pencerahan dan siasatan lengkap dapat dilakukan.

Laporkan kes jenayah haiwan domestik ke awa.dvs.gov.my dan kes jenayah haiwan liar ke hotline 1-800-88-5151.

Untuk kongsikan kes jenayah haiwan sebagai kesedaran semua sila ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010


Source: https://www.facebook.com/malaysiaanimalassociation/videos/55..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.