Sesi Kedua Monday Blues 2022 Bertajuk Ganucaknapen..
Tweet |
Sesi kedua Monday Blues 2022 bertajuk #GANUCAKNAPENYU akan merangkumi usaha perlindungan penyu dan telur penyu, dan progres terkini iaitu larangan penjualan semua spesies telur penyu di Terengganu!
Sertailah sesi ini di Facebook Live pada hari Isnin akan datang – 20 Jun 2022, 8:00pm.
Pembentang:
◾ Ruzaidi bin Mamat (Pengarah, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu)
◾ Ruslam bin Abu Bakar (Pok Leh), Turtle Guardian (Renjer)
Moderator: Noor Azariyah Mohtar (Pegawai Konservasi Marin, Projek Penyu Terengganu, Program Marin, WWF-Malaysia)
~
Monday Blues dianjurkan setiap tahun sempena Hari Lautan Sedunia, Hari Terumbu Sedunia, Hari Segitiga Terumbu Karang dan Hari Penyu Sedunia – semuanya berlaku pada bulan Jun dengan objektif meningkatkan kesedaran dalam pemuliharaan marin.
Tweet |
Facebook Comments