Go

Update Persediaan Menyambut Kedatangan Anak Bulus ..

 




[ UPDATE : PERSEDIAAN MENYAMBUT KEDATANGAN ANAK BULUS DI PENGINAPAN AIDILFITRI ]

Keadaan bilik boarding di Galeri Animal Malaysia dimana Persediaan tempat boarding kucing berpemilik akan ditempatkan.

Boarding ini tidak mewah dan amat sederhana tapi cukup selesa, bersih, kemas dengan persekitaran selamat bertujuan membantu mengurangkan kegusaran pemilik kucing yang tidak mendapat tempat meletakkan kucing kerana terlambat menempah boarding centre disekitar Kuala Lumpur.

Walaupun kelihatan sederhana. Animal Malaysia amat particular akan keselesaan dan kenyamanan kucing sepanjang di bawah jagaan Galeri Animal Malaysia. Bilik yang menempatkan boarding dilengkapi kipas dan aircond. Tidak kurang juga demi keselamatan anak bulus ianya berpagar dan grill pintu bernetting. Tingkap pula memiliki netting menahan kemasukan nyamuk.

Waktu check in dan check out adalah bermula pada 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Hari terakhir check in pula pda 2 Mei dan permulaan pick up kembali kucing pada 6 Mei. Jadi minimum compulsory boarding adalah 5 hari.

Syarat utama lainnya ialah wajib rawatan kutu sewaktu check in kucing dengan kos ditanggung pemilik. Ia sebagai langkah prevention jangkitan kutu antara satu sama lain. Kuku pula pastikan berpotong serta vaksinasi masih valid. Grooming dan mandian kucing sewaktu check out adalah pilihan.

Untuk tahu lokasi boleh Google search alamat dan direction nama Persatuan Haiwan Malaysia. Bagi tahu rakan taulan dan kenalan lain yang ketinggalan tidak dapat tempat boarding kucing dimana-mana. Boleh hantar ke galeri. First come first serve. Tempat terhad.

Terima kaseh kerana mempercayai Galeri Animal Malaysia dan sudi bersama kami.

Tempahan boarding www.wasap.my/+60166345464

#kucing #cat #boarding #galeri #animal #malaysia

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1779027225637..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.