Content Video Zalim Beri Ular Dan Biawak Makan Kuc..
Tweet |
[ CONTENT VIDEO ZALIM BERI ULAR DAN BIAWAK MAKAN KUCING HIDUP : RAKYAT MALAYSIA DISERU BUAT LAPORAN KEPADA YOUTUBE ]
Akaun media sosial atas nama Cat Lover United ini dikesan membangkitkan kempen ‘Cat is Pest. Not Pet’ (Kucing adalah Haiwan Perosak bukan Haiwan Peliharaan).
Kebanyakan video dalam akaun ini menunjukkan aksi zalim memberi makan ular sawa dan beberapa spesis ular berbahaya serta biawak membaham kucing hidup-hidup.
Pemilik akaun dikesan bukan di negara ini. Sebagai langkah bantahan terhadap perlakuan zalim pemilik video content ini. Animal Malaysia mengajak semua netizen Malaysia membuat satu laporan terhadap akaun Youtube penjenayah haiwan ini supaya laman yang memaparkan aksi zalim sebegini dapat dimusnahkan. Laporan terhadap pemilik akses halaman seperti Youtube juga bertujuan mengekang aksi-aksi zalim memangsakan kucing daripada merebak dan menjadi ikutan hingga ke rakyat Malaysia. Ini kerana tiada tindakan undang-undang dalam negara dapat diambil kerana ia dipercayai berlaku di negara jiran.
Akhir-akhir ini menjadi trend menjadikan kucing sebagai makanan binatang buas dan dijadikan video content untuk akaun saluran milik penjenayah haiwan. Jika ia berlaku di Malaysia. Animal Malaysia akan pastikan penjenayah haiwan begini tertangkap.
Pelaku boleh didakwa di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang membawa hukuman penjara maksimum 3 tahun dan denda maksimum RM100,000.00 kerana dengan sengaja menzalimi haiwan sehingga mati atau cedera.
Arie Dwi Andika
Presiden
Persatuan Haiwan Malaysia
Penganalisis Jenayah Haiwan
Malaysia Animal Crime Transparency – MyAct
23 Mac 2022 @ Kuala Lumpur
Kongsikan kes jenayah haiwan ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.
“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”
#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation
#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010
Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1755342808006..
Tweet |
Facebook Comments