Go

Penyelesaian Berasaskan Alam Semula Jadi Atau Natu..

 




Penyelesaian berasaskan alam semula jadi atau Nature-based Solution menurut IUCN adalah tindakan untuk melindungi, mengurus secara mampan dan memulihkan ekosistem semula jadi atau diubah suai, untuk menangani cabaran masyarakat secara berkesan dan adaptif, di samping menyumbang kepada kesejahteraan manusia dan faedah biodiversiti.

Menyedari keperluan ini, buat julung kalinya, WWF-Malaysia bersama Institut Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur – ESERI dengan sokongan Kelab Belia Padang Jejawi – KBPJ telah menganjurkan bengkel dan latihan pemerkasaan komuniti bertajuk ‘Hutan Gelam: Satu Anugerah Yang Menguntungkan atau Sekadar Tanah Terbiar?’. Program selama dua hari yang diadakan pada 2 dan 3 Mac 2022 ini telah dihadiri lebih daripada 50 orang peserta.

Hari pertama program diisi dengan sesi taklimat oleh penceramah jemputan dari Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu , ESERI, FRIM dan KBPJ. Penceramah dan peserta bertukar pendapat tentang pengurusan dan usaha konservasi hutan gelam, serta manfaat pokok gelam daripada perspektif kesihatan.

Sesi hari kedua pula tertumpu kepada projek perintis bersama KBPJ melibatkan lawatan ke kawasan pemetikan daun gelam dan seterusnya ke pusat pengekstrakan minyak gelam KBPJ di Mukim Guntong, Setiu. Para peserta berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat proses dan kaedah penghasilan minyak pati gelam, di samping produk sampingan daun gelam seperti hidrosol dan baja. Penggunaan sisa organik untuk penghasilan produk sampingan ini menerapkan konsep sisa sifar yang juga merupakan usaha ke arah penjanaan ekonomi yang lebih cekap dan mesra alam.

Bengkel ini telah berjaya mengetengahkan potensi ekonomi dan perubatan, manfaat serta kepentingan perkhidmatan ekosistem dari hutan gelam kepada Setiu Wetlands dan masyarakat sekitar. Sokongan dan penglibatan pelbagai pihak diperlukan untuk menjayakan hala tuju seterusnya merealisasikan pengurusan mampan hutan gelam untuk manfaat berkekalan kepada masyarakat setempat dan negeri Terengganu.

#HutanGelam #SelamatkanHutanGelam #SisaSifar #NaturebasedSolution #SetiuWetlands

Source: https://www.facebook.com/108100218241/posts/1016168197810324..



 

avatar

WWF Malaysia

WWF-Malaysia is a national conservation trust that currently runs conversation projects covering a diverse range of environmental protection & nature conservation in Malaysia. Our mission is to stop the degradation of the planet's natural environment and to build a future in which humans live in harmony with nature.

More Articles   |   Website



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.