Go

Peraturan Dan Pelesenan Pemilikan Anjing Industri ..

 




[ SAKSI PEMBUNUHAN ANJING JALANAN BERAMAI-RAMAI SERENTAK SECARA RACUN DIRAYU TAMPIL ]

Kejadian tidak berperikemanusiaan pelaku yang meracun hingga mati puluhan anjing di Taman Cermin Ipoh Perak tidak harus dipandang ringan. Ia juga membuktikan keparahan masyarakat Malaysia yang semakin kejam dan hilang nilai maknusiawi.

Sudah tiba masanya Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing & Rumah Pembiakkan Anjing dikaji semula dan diperketatkan oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan di negara ini.

Pengawalan memiliki jumlah anjing oleh kilang-kilang, tapak pembinaan, kawasan industri dan perkebunan perlu diperkenalkan untuk mengelakkan pembiakan anjing tidak terkawal yang berakhir dengan dendam pembenci anjing hingga tergamak membunuh makhluk tidak berdoaa ini.

Peraturan mewajibkan pemandulan anjing hendaklah dikuatkuasakan terhadap semua pemegang lesen anjing untuk mengawal pembiakan yang tidak diperlukan dan seterusnya menyebabkan lambakan anjing. Hal ini sebagai langkah pengawalan populasi anjing yang menimbulkan konflik keselesaan, hukum hakam agama dan isu keselamatan masyarakat suatu tempat.

Ini kerana kebanyakan masalah berkaitan anjing adalah datang daripada anjing yang ditinggalkan industri selepas khidmat anjing-anjing tersebut tidak diperlukan. Oleh itu satu pendekatan pencegahan perlu dilaksanakan segera untuk kebaikan masa hadapan sebagai negara yang berkebajikan haiwan.

Kongsikan kes jenayah haiwan ke www.wasap.my/+60105394749 atau visit www.animalmalaysia.com untuk aktiviti haiwan.

“HAIWAN KHAZANAH AMANAH TUHAN”

#siripendidikanawamanimalmalaysia #dvs #perhilitan #pbt #animals #stray #wildlife #wild #wildanimals #dogs #cats #strayanimals #saveouranimals #cruelty #animalcruelty #saveourstray #feeder #animalfeeder #law #justice #advocacy #animallaw #animaladvocacy #animalvoice #animaljustice #malaysiaanimals #animalmalaysia #malaysiaanimalassociation

#aktakebajikanhaiwan2015 #aktapemuliharaanhidupanliar2010

Source: https://www.facebook.com/633109216896282/posts/1738927162981..



 



Facebook Comments


Copyright © 2008 - 2025, PetFinder.my. All rights reserved.