Go

Selamat Datang Ke Galeri Animal Malaysia. Dibuka K..

Selamat datang ke Galeri Animal Malaysia. Dibuka kepada umum setiap hari mulai hari ini 22.02.2022 dari jam 11.00 pagi hingga 6.00 petang hari Selasa hingga Ahad.

Objektif penubuhan Galeri ini sebagai tempat untuk adoption kucing, perlindungan kucing sakit yang diselamatkan oleh team Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association, pusat penyelidikan, latihan industri dan intern para pelajar universiti dan kolej serta ada juga cafe sebagai tempat istirehat pengunjung yang mahu menghabiskan masa untuk bermanja dengan kucing di sini.

Selain itu ada jualan produk makanan kucing jenama Masha Cat HQ dan Royal Pet HQ DeMuxx dan produk supplement NARA & CO. Terima kaseh juga kepada Neco Cat Salmon atas tajaan pembinaan sangkar dan produk makanan kibbles. Ada juga jualan souvenir untuk menjana pendapatan bagi kehidupan kucing di sini.

Nanti admin belanja lagi gambar-gambar lain yang menarik. Di galeri ini terdapat tiga sangkar utama dengan fungsi masing-masing iaitu sangkar utama untuk kucing yang sedia diadopsi. Sangkar kedua menempatkan kucing yang recover. Sangkar ketiga pula adalah untuk kuarantin dan pengasingan kucing perlu rawatan. Ketiga-tiga sangkar ini ditempatkan jauh satu sama lain untuk mengelakkan penyakit berjangkit atau mengurangkan stress kucing akibat bunyi bising serta memelihara kebersihan.

Terima kaseh kepada semua terlibat menjayakan kewujudan galeri ini dan kami mengalu-alukan kehadiran semua untuk bersama menziarah kucing-kucing di sini. Sistem sangkar terbuka dan mudah dilihat oleh pelawat adalah satu kaedah ketelusan untuk membolehkan orang ramai menilai efisyensi pengurusan kucing di galeri.

Kami juga mengalu-alukan ramai sukarelawan untuk membantu menguruskan kucing yang ada di galeri. Maklumkan kepada kawan-kawan lain tentang hal ini. Nak jadi sukarelawan daftar dulu di https://animalmalaysia.com/volunteer/

#kucing #Cat #anjing #dog #haiwan #animals #malaysia #gallery #malaysiaanimalassociation

Source: https://www.facebook.com/malaysiaanimalassociation/photos/a…

Facebook Comments

Copyright © 2008 - 2024, PetFinder.my. All rights reserved.